Mantan
Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan pernah berkata, “Sesungguhnya generasi
ini tepatnya adalah generasi yang akan melihat Perang Armagedon.”
Pelbagai
teori dan doktrin dimainkan oleh para pengdoktrin Barat dalam meramalkan fasa
Armagedon ini. Lawannya ialah Islam dengan dakyah bahawa “Islam ialah tentera
syaitan yang mesti dibunuh.”
Jimmy
Sujjest berkata, “Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan
mencapai perdamaian. Akan tetapi aku percaya bahawa perang Armagedon akan
datang. Sesungguhnya Armagedon akan datang dan berkecamuk di Lembah Mageddo. Ia
akan datang. Mereka boleh saja menandatangani perjanjian-perjanjian perdamaian
yang mereka inginkan. Namun, sesungguhnya hal itu tak akan merealisasikan apapun.
Sebab, bagaimana pun juga hari-hari hitam itu akan datang.”
Gerry
Folwel, seorang pemimpin fundamentalis Kristian berkata, “Sesungguhnya Armagedon
adalah sebuah hakikat dan sangat nyata, akan tetapi kita bersyukur kerana ia
akan terjadi pada akhir zaman.”
Ellis
H. Skolfield pula menulis dalam bukunya The
False Prophet, “Sesungguhnya orang-orang Kristian yang ikhlas hendaknya
bergembira dengan peristiwa ini. Kerana pertempuran yang terakhir ini (Armagedon)
dimulai, maka Isa al-Masih akan segera mengangkat mereka ke awan, dan mereka
akan diselamatkan oleh al-Masih serta tidak akan menghadapi kesusahan apapun
yang terjadi di bumi.”
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment