Peluang untuk mengurangkan harga
minyak menguatkan kawalan Amerika Syarikat (AS) ke atas rizab global. Maka ia
membolehkan penimbunan besar minyak dan mungkin juga lebih penting untuk meningkatkan
tekanan kepada pengeluar Timur Tengah untuk meliberalisasikan ekonomi mereka
mengikut garis panduan (baca: telunjuk) Barat.
Fakta terdahulu yang perlu diketahui
ialah beberapa negara besar termasuk Rusia dan China mengancam akan melakukan
perdagangan dalam mata wang mereka sendiri. Matlamat ialah mereka mahu lari
dari terus bergantung kepada nilai mata wang Dollar AS (USD) yang menjadi mata
wang de-facto dunia selama 60 tahun terakhir ini. Jadi matlamat AS ialah terus
memperkuat USD bagi mempertahankan hagemoni status global.
Lihat pula kaitan dengan posisi AS
secara global dan hagemoni USD di wilayah besar Eurasia. Sejak 10 tahun yang lalu paksi telah
dibentuk oleh Rusia, China dan Iran (sedikit sebanyak), dalam usaha untuk mengehadkan
pengaruh Amerika Syarikat. Inisiatif Jalan Sutera, Kesatuan Eurasia dan
persahabatan saluran paip (minyak dan gas), penubuhan bank pembangunan Asia dan
bank pelaburan infrastruktur Asia, adalah contoh-contoh strategi yang direka
untuk mengehadkan pengaruh Amerika Syarikat.
Runtuhnya
harga minyak membolehkan AS secara ekonomi mencederakan dua anggota paksi, dan
oleh itu menjejas teruk keupayaan mereka untuk menyekat posisi penguasaan
global AS.
Untuk
dunia Islam, boleh difikirkan percaturan Yakjuj dan Makjuj. Lihat pula
buah-buah catur yang ditarikan oleh dua blok; AS-NATO (Yakjuj) dan Rusia-China
(Makjuj), dalam membinasakan wilayah Syam.
** Pemerhatian
dari saya, Web Sutera yang cetek ilmunya. Boleh untuk tidak bersetuju. Wallahua'lam.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment