Beratus-ratus
tahun kemudian, Tarsus,
Empayar Rom
Penghuni
gua tidak menyedari apa yang terjadi. Begitu jua orang-orang di luar, sama ada
dekat atau jauh, sama ada berfikir akan peristiwa itu atau tidak. Sedangkan
pelbagai peristiwa buruk dan baik berjalan seperti tindakan manusia, dalam
peraturan dan takdir Allah Taala.
Nyenyak
para pemuda di dalam gua bagaikan mati, tetapi tidak mati. Roh-roh mereka
berada dalam genggaman Allah yang Maha Pengasih. Sesungguhnya Allah dengan Maha
Kuasa-Nya menjaga mereka secara tertib manusia biasa. Ilmu itu milik Allah
selamanya.
Walaupun
telinga para pemuda itu ditutup oleh Allah, tetapi demi cinta-Nya, Allah tetap
membuatkan mata mereka terbuka sehingga tidak rosak. Udara mudah memasuki
saraf-saraf mata. Sedangkan dari masa ke semasa untuk suatu tempoh, badan
mereka beralih ke kiri dan ke kanan siling berganti.
Sementara
itu si Qitmir tetap berada di posisinya, tidak berubah, setia dengan janji
bersama tuannya. Duduknya si Qitmir di luar pintu gua bagi membenarkan para
malaikat memasuki ke tempat pembaringan hama-hamba Allah yang taat. Anjing itu
turut menerima berkah dan manfaat Allah kerana bertemankan manusia yang baik.
Seorang
alim sedang memberi khutbah akan keagungan Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Ramai
penganut agama tauhid hadir.
“Amat
benar sekali, wahai warga Tarsus! Sekiranya Allah memberi hidayahnya, tiada
siapapun yang dapat menghalang. Barangsiapa yang disesatkan-Nya, justeru
perbuatan jahat sendiri, nescaya tiada ada satu makhluk pun yang mampu menghindarnya.
“Para
pemuda gua itu, dilindungi Allah Taala. Pandangan mata kasar ke arah gua itu
tidak dibenarkan oleh Allah, melainkan pastinya mereka yang lalu di situ akan
melarikan diri. Sungguh, para pemuda dan anjing itu diselimuti fenomena yang
menyeramkan ... sehingga batas waktu yang bakal ditentukan Allah.”
“Dan
dia akan menghidupkan benteng-benteng kota nenek moyang kita dahulu sebahagian
dengan sebahagiannya. Maka, manakala disaksikan orang hancurnya penyembahan
patung-patung dari muka bumi ini diketahui oleh orang ramai, bahawa
sesungguhnya aku ini seperti manusia lain juga. Maka kebenaran aku katakan
kepadamu, sesungguhnya di kala itu Nabi Allah akan datang.” (Injil Barnabas
72:23-24)
“Di
manakah tempat Nabi akhir zaman itu, wahai pendita?” seorang lelaki bertanya.
“Paran.
Itulah nama tempat yang dijanjikan Allah untuk umat manusia.”
“Di
mana ... di mana?” kedengaran suara orang ramai.
** Petikan dari novel NAKHODA AGUNG.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
** Petikan dari novel NAKHODA AGUNG.
0 comments:
Post a Comment