Pesta Buku SOGO, Kuala Lumpur



Pesta Buku SOGO, Kuala Lumpur, 22 Sept. - 3 Okt. 2016, Tingkat 7, Kompleks SOGO, Jalan TAR. Insya-Allah, sesi bual bicara saya di pentas utama; i) 28 Sept., 3.00-4.00pm, ii) 1 Okt., 3.00 – 4.00pm.

Sejak tahun 2010, saya aktif menulis buku. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama saya, dari bos penerbit; barisan editor; staf pemasaran, promosi dan jualan, sehingga semua tenaga kerja dunia perbukuan Malaysia.

Penghargaan tidak boleh tidak khas untuk pembaca budiman, tuan dan cikpuan yang dikasihi Allah Azza wa Jalla. Sokongan yang diterima selama ini bukan perkara kecil, kerana penulis kerdil ini mahu tetap berdiri dan berlari.

Justeru saya bukan mahu mengajak tuan dan cikpuan menemui saya, bahkan sayalah yang akan menunggu para pembaca di pesta buku ini. Mungkin banyak persoalan yang ingin diajukan, rencam telahan yang bermain-main dalam ruang minda, dan mungkin ingin bertanya penulis kerdil ini? Saya sangat alu-alukan kehadiran para pembaca di pentas utama. Insya-Allah, di dua sesi bual bicara, tuan dan cikpuan boleh bertanya apa sahaja mengenai buku dan novel yang saya tulis. Paling tidakpun, masih ada buku-buku yang belum saya tandatangan? Bawa sekali ya. Saya tunggu!

** Saya WEB SUTERA, novelis dan penulis yang sudah menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku.

** Selain menulis, saya juga mengusahakan bisnes katering. Sudikan untuk hubungi pihak LUSIANA CATERING. Benda boleh bincang dalam Raikan Citarasa, insya-Allah.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger