Idea penulisan ini terinspirasi daripada pembacaan buku Pengaruh Gaya Trump oleh Tuan Syahrul Nizam Junaini dan Tuan Nazri Kadir, dan Think Like A Champion oleh multi-jutawan Donald J. Trump. Buku Jangan Bersedih oleh Dr. Aidh Abdullah al-Qarni yang sudah dua kali ditelaah juga menjadi sumber inspirasi saya sehingga kini.

Siri saranan Berfikir Gaya Champion bermatlamat untuk menginspirasikan pembaca daripada contoh-contoh nyata dan tersirat yang dikemukakan. Saya bersedia berkongsi idea dan pengalaman serta rahsia kehidupan sejak kecil sehingga berjaya menceburi bisnes catering kini.

Kumpulan cerita dan ujana sebagai petunjuk proses pemikiran dan tindakan yang saya percaya dapat membantu pembaca menuju kejayaan dalam kehidupan, kerjaya dan bisnes yang ingin diceburi. Ia berjaya saya praktikkan dalam skala besar gambaran kehidupan sejak

kecil lagi.

Saya mengulas topik-topik berkaitan dan memberi contoh serta membentangkan formula yang saya percaya akan menjadi nasihat solid. Saya menggunakan kaedah bercerita pengalaman diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan daripada sumber pembacaan saya.

Kata seorang teman, Berfikir kerana dunia, bukanlah champion namanya.” Sungguh benar kata-kata sahabat saya itu. Jadi saya fokuskan buku ini kepada perjalanan dunia bisnes dan peristiwa sepanjang sela kehidupan. Nyata dan tersirat dengan menyelitkan panduan daripada Al-Quran dan sunnah perjalanan kehidupan Nabi Muhammad (SAW).

Pemikir Cina Confucius berkata, “Pembelajaran tanpa berfikir adalah usaha sia-sia.” Multi-jutawan Donald J. Trump menulis, “Kadangkala orang menumpukan terlalu banyak masa kepada masalah lebih daripada fokus terhadap peluang (yang terbentang di hadapan).”

Para champion sama ada memang dilahirkan begitu atau dibentur. Seorang champion daripada seluruh para champion sepanjang masa ialah Nabi Muhammad (SAW). Banyak strategi champion semasa menghadapi serangantentera kuffar, menghadapi kesukaran dan kelaparan, menghadapi permasalahan para sahabat Baginda dan pada seluruh kehidupan Rasulullah (SAW) yang diumpamakan sebagai Al-Quran berjalan itu. Saya terapkan daripada sudut sirah baginda Nabi Muhammad (SAW) serta sudut Islam lainnya.

----------+----------

“Sebuah buku motivasi. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Buku ini boleh menjadi pendorong atau memberi jalan untuk kita yang menghadapi kekecewaan dalam mengejar impian. Bagaimana untuk memimpin diri ke arah yang lebih baik.” – Cikpuan Suhailah Onn


“Umar bin Abdul Aziz meskipun dia memiliki kerajaan yang besar, menguasai perbendaharaan negara, namun kehidupannya amat sederhana, tidak memiliki istana, hanya rumah biasa seperti rumah yang dimiliki oleh rakyat biasa yang miskin. Dialah sebenar-benar ulama dan pembesar negara.” -- King Charles, Raja Perancis

>> Saya Web Sutera, seorang novelis dan penulis yang sudah menghasilkan 34 buah karya yang dibukukan, bergerak aktif menulis semenjak tahun 2010.

Bersama saya beberapa judul karya yang ada stok. Andai sudi atau mahu berkenalan, saya berbesar hati andainya tuan/cikpuan dapat memiliki karya-karya saya itu. Setiap buku akan ditandatangan. Hubungi saya ya, melalui Facebook atau di sini. Ada pakej atau kombo menarik dengan diskaun hebat. Insya-Allah benda boleh bincang.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger