BUKU DOKTRIN: MENULIS KERANA SYOK?


Bermula serius menulis buku pada tahun 2010, dan buku pertama diterbitkan setahun kemudian. Selepas itu, semakin banyak buku diterbitkan dalam fiksyen/novel, bukan fiksyen, puisi dan cerpen. Penerimaan pembaca pelbagai, itu yang saya harapkan.

Sekarang untuk pertama kali saya terbitkan catatan, kembara dan apa sahaja yang melibatkan dunia penulisan dan buku yang saya raikan. Terima kasih atas sokongan dari semua pembaca.

Saya bukan menanam doktrin, sekadar berkongsi fikir iman dan amal.

BACA PERCUMA DI SINI.

 
Di sini saya kongsikan satu tulisan dalam buku ini.

Izinkan saya sentuh soal menulis. Pada hemat saya, walau apapun genre penulisan, ia bergantung kepada si penulis atas kecenderungannya. Novel thriller, fantasi, fiksyen sains, saga sejarah waima cinta dan puisi pun, andai sekadar nak bagi syok dan stim, ia sia-sia.

 

Sebab itu penekanan saya ialah ibrah (pengajaran). Dan setiap penulisan pastinya ada kelemahan. Tidak akan jumpa, bahkan MUSTAHIL untuk mencari atau menjadi perfectionist. No such thing! Tak payah nak gebang yang si polan itu dan si polan ini tulisannya lengkap, damn superb atau seumpamanya. No such thing!

 

Perfectionist bukan sifat manusia, ia milik Allah Yang Maha Agung. Namun setiap penulisan menggambarkan siapakah si penulis itu, bagaimana dia berfikir, apa yang dia cari dan apa yang nak dipersembahkan kepada khalayak pembaca. Tiada sekadar syok dalam Islam. Paling utama ialah isi yang mengambil pengajaran.

 

Wallahua'lam.


>> Saya Web Sutera, seorang novelis dan penulis yang sudah menghasilkan 34 buah karya yang dibukukan, bergerak aktif menulis semenjak tahun 2010.

Bersama saya beberapa judul karya yang ada stok. Andai sudi atau mahu berkenalan, saya berbesar hati andainya tuan/cikpuan dapat memiliki karya-karya saya itu. Setiap buku akan ditandatangan. Hubungi saya ya, melalui Facebook atau di sini. Ada pakej atau kombo menarik dengan diskaun hebat. Insya-Allah benda boleh bincang.

 

 

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger