KITAB BERCERITA: MAKNA TERSIRAT DALAM AL-QURAN



Manusia Mukmin yang diberikan pemahaman agama Islam menulis dalam sahifah-sahifah. Bahawa catatan sejarah dalam banyak kitab-Nya bukan perkara main-main untuk sekadar memintal angan-angan dalam lena dan mimpi. Allah bercerita dalam kitab-kitab yang diturunkan kepada para Rasul demi untuk ditelaah, demi untuk kebaikan setiap makhluk-Nya.

Kisah masa lampau yang tersirat dan tersurat di dalam al Quran, antara lain, demi menyempurnakan kitab-kitab suci sebelumnya.

Justeru ayat al-Quran mula diwahyukan kepada Nabi Muhammad (SAW) dengan iqra. Ia bukan sekadar perintah membaca, bahkan ia perintah menelaah, mentadabbur dan mengambil ibrah dari kisah sejarah sama ada yang sudah berlaku, sedang ataupun akan datang.

Membaca dan meneliti sejarah dalam al-Quran bererti kamu sedang memahami ilmu pengetahuan anugerah Allah. Ia antara lain bercerita tentang kelalaian dan kesalahan umat-umat terdahulu, demi membentuk acuan di masa depan, agar jangan dibuat perkara seumpama itu andai ingin selamat di dunia dan akhirat.

Kita perlu bahkan amat perlu sentiasa belajar dari sejarah kerana ia memberi ingatan akan kesalahan yang pernah diperbuat oleh umat manusia.


* Web Sutera - Melakar kisah untuk ibrah, agar diri terarah. Bukan sekadar cerita.



>> Saya Web Sutera, seorang novelis dan penulis yang sudah menghasilkan 34 buah karya yang dibukukan, bergerak aktif menulis semenjak tahun 2010.

Bersama saya beberapa judul karya yang ada stok. Andai sudi atau mahu berkenalan, saya berbesar hati andainya tuan/cikpuan dapat memiliki karya-karya saya itu. Setiap buku akan ditandatangan. Hubungi saya ya, melalui Facebook atau di sini. Ada pakej atau kombo menarik dengan diskaun hebat. Insya-Allah benda boleh bincang.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger