Saya Web Sutera, orang biasa yang suka membaca dan menulis. Saya marhaen yang tiada kaitan dengan mana-mana orang besar politik.
Sumber pendapatan saya dan isteri melalui usaha kami menjual buku sendiri, kuih muih, kek, karipap pelbagai inti dan pembuatan laksa Johor secara penghantaran sendiri.
Sebelum itu saya dan isteri mengusahakan bisnes katering, bermula di Kg. Pandan Dalam, Kuala Lumpur dan kemudian berpindah ke Mantin, Negeri Sembilan. Pendapatan turun naik dalam mendepani banyak isu kehidupan.
Sebelum PKP, saya selalu keluar ke medan untuk berjualan buku-buku sendiri di samping memberi perkongsian melalui sesi bedah buku, ceramah kecil berkaitan ilmu dan perbukuan, dan membantu menjual buku sendiri bersama rakan peserta.
Melalui sesi pameran buku itu saya beroleh wang jualan, terkadang ratusan ringgit dan terkadang dalam sehari hanya dapat RM15 - RM20.
Tak penat? Penat... bohong kalau tak penat. Tetapi saya gembira kerana dapat berkongsi dengan khalayak dan membantu rakan penjual.
Semasa PKP, memang pendapatan saya dan isteri sangat terjejas, namun kami tawakal kerana yakin sungguh dengan janji-Nya.
Terima kasih kepada semua yang menyokong hasil pengkaryaan saya dan isteri. Semoga Allah membalas yang terlebih baik.
* Web Sutera, pengkarya yang berdegil dalam meneroka makna pejuang.
0 comments:
Post a Comment