Dong Jiao Zong: Tukar atau kami DEMO! – Malaysiakini dan Unika

Para pejuang pendidikan aliran Cina mengugut akan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran minggu ini jika Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdegil tidak mahu membatalkan dasar PPSMI yang sudah masuk tahun ke-5, tulis blog Unika.

Pengerusi Persatuan Guru-guru Sekolah Cina (Jiao Zong), En. Ong Chiaw Chuan mengemukakan ugutan itu sebelum KPM mengadakan satu lagi siri rundingan meja bulat pada hari Selasa ini (16 Dis. 2008).


Satu lagi persatuan, iaitu Persatuan Barisan Guru-guru Sekolah Cina (Dong Zong) berganding bahu dengan Jiau Zong bagi membentuk gabungan yang dipanggil Dong Jiau Zong (DZJ).


DJZ adalah gabungan yang amat berpengaruh di kalangan masyarakat Cina Malaysia. Ia mewakili puluhan ribu guru-guru, pentadbir dan pejuang sekolah-sekolah aliran Cina yang berjumlah 1,200 buah.


Laporan Malaysiakini 1:
Laporan Malaysiakini 2:

Ulasan lain: PPSMI menentang Quran – UNIKA


(Nota: PPSMI ialah singkatan kepada “pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris”.)

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger