Lupa bahasa, lupa budaya, kemudian lupa segala

Beberapa hari lalu, Parlimen Malaysia diberitahu bahawa punca pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) adalah lebih baik kerana mata pelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda.

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) berhubung pengajaran di sekolah Cina lebih baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan isu masalah beban buku teks yang terlalu banyak dibawa oleh pelajar sekolah, lapor Harakahdaily.


Dalam isu penggunaan bahasa ibunda ini, saya bimbang jika konsep PPSMI diteruskan, lambat laun bahasa Melayu akan pupus penggunaannya di Malaysia. Bangsa lain akan melihat bahawa dasar PPSMI mendaulatkan bahasa Inggeris, jadi tiada guna belajar menulis dan bertutur bahasa Melayu.


Bahasa Melayu termaktub sebagai bahasa kebangsaan, tetapi ianya tidak diperluaskan penggunaannya. Jadi bagaimana bangsa lain di Malaysia akan menghormati bahasa Melayu andai orang Melayu sendiri seolah-olah malu untuk menggunakannya?


Saya cukup takut akan kedaulatan bahasa yang telah menjadi medium penyebaran agama Islam dan sebagai jambatan utama perpaduan Malaysia ini akan segan untuk hidup di Malaysia.


Semua orang tahu penggunaan tulisan jawi seakan-akan pupus disebabkan sudah tidak lagi menjadi subjek di sekolah. Lihat di kawasan majoriti Melayu-Islam di Selatan Thailand. Dikhabarkan bahawa bahasa Melayu dan budayanya kini terpinggir di kalangan generasi muda umat Melayu di Patani, Songkla, Narattiwat dan Yala. Ini terjadi kerana kerajaan Thailand memaksa semua sekolah di sana menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa pengantar.


Tidak boleh dinafikan bahawa bahasa Melayu berkait amat rapat dengan penyebaran Islam di Nusantara ini. Walaupun sejarah ‘Melayu itu Islam, Islam itu Melayu’ sudah tidak relevan lagi, tetapi penguasaan bahasa Melayu di kalangan pendakwah Arab telah menyerapkan banyak perkataan Arab ke dalamnya. Dengan kaedah demikian, Islam tersebar luas di Nusantara. Istilah bahasa Melayu semakin berkembang sejak itu.

Lihat ke Selatan Thailand. Jangan biarkan umat Melayu lupa bahasa sendiri. Justeru lupa bahasa, maka Melayu-Islam akan lupa budaya dan jadi diri. Akhirnya ditakuti Melayu akan lupa kepada Islam. Contoh sudah ada di depan mata.

Berkaitan:
Saya menentang PPSMI tetapi tidak membenci bahasa Inggeris

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger