Ambil alih air Selangor: Rakyat akan untung, bukan syarikat konsesi

Matlamat utama hasrat Kerajaan Negeri Selangor dalam mengambilalih pengurusan industri air negeri adalah amat jelas iaitu memberi perkhidmatan yang lebih efisyen dengan harga yang rendah disamping meneruskan perkhidmatan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama.

Pendirian ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Dato Menteri Besar Selangor yang juga telah menerangkan berulang kali bahawa Kerajaan Negeri bersedia mengambil-alih aset air dari semua empat syarikat konsesi air dengan harga yang munasabah dan menguntung kedua-dua pihak iaitu rakyat dan syarikat-syarikat yang berkenaan.

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim yang menuduh Kerajaan Negeri Selangor hanya ingin mengaut keuntungan tanpa menghiraukan masa depan rakyat jelas amat dangkal dan menunjukkan pemikiran yang cetek.

Jika ADUN Batang Kali mengikuti penerangan isu penstrukturan semula air dengan lebih teliti, beliau akan tahu bahawa jika Kerajaan Negeri mengurus perkhidmatan air di Selangor, tarif air akan dapat diturunkan sebanyak 10% dalam tahun 2009 dan 20% pada tahun 2011 seterusnya sebanyak 25% pada tahun 2013.

Jika adapun pihak yang mengaut keuntungan, ianya adalah rakyat dan bukan individu-individu atau syarikat swasta seperti mana yang berlaku sekarang.

Namun yang jelas sekarang, pendapat pemimpin UMNO dalam isu air ini amat konsisten iaitu menyebelahi syarikat konsesi. Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kenyataan bahawa tawaran harga kepada syarikat konsesi ini tidak munasabah.

Pendirian Najib dalam isu ini juga tidak menggambarkan konsep “1 Malaysia” yang dikatakan sebagai satu konsep menyeru kepada rakyat bersatu membangun Malaysia. Mengapa Najib tidak bersatu bersama Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan usaha supaya rakyat mendapat keuntungan dari perkhidmatan air?

Kami menyeru kepada Perdana Menteri dan semua pemimpin UMNO untuk mengenepikan kepentingan politik dan bersama pihak Kerajaan Negeri dalam isu ini demi kebajikan penduduk Negeri Selangor sejajar dengan laungannya untuk konsep “1 Malaysia”. Jika tidak, konsep “1 Malaysia” ini jelas hanya sekadar retorik semata-mata bagi meraih sokongan rakyat kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.

- Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

Pautan: Nik Nazmi makan nasi lemak

1 comments:

Web Sutera said...

In recent interview with Maria J. Dass of the Sun online, Selangor MB give his comment.

Q: What is the progress of water negotiations with the federal government? The state wanted to take over water management as it felt it could provide a more efficient service and promised lower rates as opposed to the scheduled water tariff hikes under the agreement with Syarikat Bekalan Air Selangor.

MB: I think we have to seriously review the reasons why we cannot have the same mindset as the federal government with regard to making sure that the water restructuring benefits the people of Selangor. I think we want to level with the federal government – “are you still interested in helping the people of Selangor or do you still have a mindset of privatisation to help the corporate sector”? If they still want to help and look after the interest of the corporate sector then we have a big issue. If they say people first, we have no issue. We are revisiting our discussion and arrangement with regard to implementing our water management strategies but we have to resolve this first.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger