Konspirasi Barat: Tun Mahathir pertahan kenyataan serangan WTC

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa beliau cuba memainkan sentimen apabila berkata serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat sengaja dilakukan bagi tujuan memburukkan imej orang Islam.

Bekas perdana menteri itu berkata terdapat pihak yang berpendapat beliau cuba memainkan sentimen anti-Kristian apabila berkata serangan itu sudah dirancang terlebih dahulu oleh dunia Barat.


"Namun saya tetap bertegas dengan kenyataan saya itu," kata beliau di Pulau Pinang, Sabtu 23 Januari 2010. Pada satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Mahathir telah berkata beliau tidak yakin serangan ke atas WTC di New York itu dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang didakwa, sebaliknya terdapat bukti serangan itu sudah dirancang sebegitu rupa.

Untuk kes ini, kenyataan Dr. Mahathir itu saya setuju.
Sudah lama saya memikirkan teori konspirasi ini. Walaupun ada pihak yang menempelak Dr. Mahathir dengan mengatakan bahawa beliau sengaja mengulangi teori yang sudah bertahun dilontarkan atas sebab-sebab tertentu, saya kira umat Islam mesti diingatkan dengan gerakan jahat Yahudi dan Barat.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger