Tony Blair penjenayah perang, jangan masuk Malaysia!

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberikan amaran kepada kerajaan BN agar tidak membenarkan penjenayah perang Tony Blair menjejakkan kaki ke Malaysia jika tidak mahu berhadapan dengan bantahan terbuka rakyat.

Tony Blair yang juga mantan perdana menteri Britain adalah orang yang bertanggungjawab bersama mantan presiden Amerika, George W. Bush membawa bencana perang ke atas bumi umat Islam di Afghanistan (2001) dan
Iraq (2003).


Sehingga ke hari ini beliau gagal membuktikan tuduhan beliau dan rakan sekutunya itu bahawa bangunan World Trade Centre diserang oleh pengganas Islam dan tuduhan bahawa Iraq mempunyai senjata nuklear pemusnah besar-besaran (WMD) juga masih belum dapat dibuktikan.


Walaupun masih tiada bukti, tetapi dengan sewenang-wenangnya mereka mencetuskan perang hingga meragut jutaan nyawa dikedua-dua negara itu. Hingga ke hari ini negara
Afghanistan dan Iraq tidak pernah tenang, dan rakyatnya jadi pelarian di negara sendiri.


Selain itu Blair juga mempunyai hubungan rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide, Darren Murphy yang pernah menjadi penasihatnya. Blair yang disokong kuat oleh APCO merupakan ahli aktif dalam pertubuhan pelobi Pro-Israel, iaitu Labour Friends of Israel dan menyokong kuat kerja-kerja Zionis Israel yang menindas umat Islam Palestin atas dasar perluasan wilayah.


Tangan Blair masih berlumuran darah dan air mata rakyat tertindas masih belum kering. Inilah dosa Blair yang tidak boleh dimaafkan.
Malaysia sebagai negara yang cintakan kedamaian dan menolak peperangan wajib menghalang Blair dari memasuki negara ini pada 24 April ini bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company.


PAS menuntut agar jemputan itu dibatalkan dan kita tidak memerlukan khidmat nasihat dari seorang pembohong dan pembunuh yang kini turut ditolak oleh partinya sendiri (Parti Buruh) dan rakyat Britain.


--- Kenyataan dari Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.


Mesti baca (berkaitan:)
Perisik Israel dalam PDRM bukan perkara main-main lagi!
Perdana Menteri Najib kata, apa yang saya suka Bush ialah….

Who’s the “real” George Herbert Walker Bush?

The Hunt For Bin Laden penuh propaganda jahat terhadap Islam

Zionis musuh Islam walau di mana sahaja


*** BLAIR! GO TO HELL AND DON'T YOU DARE TO COME TO MALAYSIA!
YOU'RE SAME CLASS AS BUSH. THE TERRORIST!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger