Insentif RM300,000 untuk pasukan bola sepak Kelantan

9 Safar 1432H - Kerajaan Kelantan bakal menyumbang sebanyak RM300,000 sebagai meraikan dua kejayaan berasingan dalam perlawanan bola sepak tahun lalu.

Sebanyak RM200,000 akan diberikan sebagai insentif kepada pemain pasukan Red Warriors yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia 2010 dan RM100,000 kepada Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan kerana kejayaan menjulang Piala Emas Raja-Raja.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri Abdul Fatah Mahmood, berkata kerajaan negeri telah menerima surat jawapan dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam (11 Jan. 2011). Menurutnya, majlis penyerahan insentif berkenaan akan diadakan sebelum perlawanan pertama tahun ini dan ianya dijangka sebelum 29 Januari ini.


Pada masa yang sama Abdul Fatah berkata mesyuarat exco hari ini memutuskan kerajaan negeri juga akan memberikan ‘hadiah’ kepada Persatuan Bola Sepak Melayu di atas kecemerlangan pasukan itu mengembalikan Piala Emas Raja-Raja kepada Kelantan.


“Jumlah yang dipersetujui sebanyak RM100,000 kepada persatuan bola sepak Melayu,” ujarnya.

-- Laporan
oleh Salmah Mat Husain, Harakahdaily.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger