Serangan DDoS: Saya kurang setuju kenyataan Tan Sri Khalid

11 Jamadilawal 1432H - Harakahdaily memetik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bahawa serangan DDoS (denial-of-service attack) terhadap laman berita Sarawak Report dan Malaysiakini merupakan 'tindakan pengecut'.

"Tindakan pengecut pihak yang terlibat menjelangnya hari pengundian di Sarawak pada Sabtu ini mencerminkan kegelisahan terhadap kemungkinan berlaku perubahan besar kepada keputusan pilihan raya di Bumi Kenyalang itu," Harakahdaily memetik kata-kata Tan Sri Khalid.

Minta maaf, Tan Sri. Walaupun saya sangat bengang dengan serangan siber ini, namun rujukan Tan Sri sebagai 'tindakan pengecut' saya kurang bersetuju. Dahulu serangan DDoS sering kita dengar terjadi bagi sesuatu server atau laman web di luar negara. Di Malaysia ianya amat jarang. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fenomena serangan siber ini sering terjadi, terutamanya bagi laman berita yang tidak sealiran dengan parti pemerintah UMNO-BN.

Saya kira Tan Sri Khalid tidak merujuk kepada aktiviti perang siber dan langkah-langkah keselamatan sesuatu server yang terlibat. Serangan DDoS adalah salah satu kemungkinan yang bakal berlaku. Tidak timbul soal pengecut atau tidak. Malah boleh pula saya katakan hacker yang terlibat, mungkin dari UMNO-BN, bijak menggunakan kesempatan. Lawan sahajalah!

Seorang rakan saya memberi komen di Facebook:

Syarat utama hendak buat serangan DDoS yang berkesan terutama untuk serang bigpipe IDC ialah ianya perlu satu rangkaian kumpulan server atau PC yang melakukan packet flooding secara serentak ke satu destinasi. Kumpulan server atau PC ini mesti dari lokasi atau network yang berlainan sebab kalau serangan dibuat dari satu tempat seperti komputer lab atau cyber cafe, belum sempat nak DDoS sasaran, gateway sendiri yang sudah congest. Ada 2 cara hendak organize serangan DDOS .

1) Sekumpulan pengendali PC/server yang sudah sepakat.


2) Menyebarkan trojan horse pada sekumpulan PC yang akan menjadi agen pada serangan DDoS.

Jadi saya rasa serangan ke atas Mkini adalah sesuatu yang terancang.
Namun saya bersetuju dengan kutukan Kerajaan Selangor terhadap serangan tersebut.

Khas untuk Tan Sri Khalid, fahami ini:

In today's electronic age, the threat of cyber attacks is great. For any organization with information-based assets, the deadliest weapons can come in the form of a keyboard, mouse, or personal computer (PC).


With hacking attacks and computer-based crimes increasing both in frequency and degree of seriousness, it's clear that information warfare is real and companies must protect themselves in order to survive. But how do you avoid getting caught in the crossfire of these attacks and how do you prepare when the electronic future is uncertain?


Walau apapun, untuk pengundi Sarawak, jangan pangkah calun-calun BN. Masa untuk berubah.


Berkaitan: Information Warfare: How’s your readiness to combat it?
Selamatkah kita dengan Internet?
The Art Of Intrusion by Kevin D. Mitnick & William L. Simon

3 comments:

Faizal said...

MafiaBoy a.k.a Michael Calche pernah melancarkan DDoS terhadap CNN, Ebay, Yahoo circa 1999-2000 sehingga menggemparkan White House.

Web Sutera said...

Tuan Faizal, ya itu antara serangan DDoS yang terbesar. Jadi itu tindakan berani, bukannya pengecut..hihihih..Lawanlah!

Buana Ini said...

Harakahdaily pun kena. Yang bagusnya ini, "Sehubungan itu, pasukan teknikal masih bertungkus lumus menangani serangan ini dan berjaya mengurangkan kerosakannya dengan Harakahdaily masih boleh hidup hingga kini."

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger