24 Jamadilakhir 1432H - (1) Pengalaman adalah sesuatu pekara yang tidak boleh dijual beli. Untuk mereka yang hidup daripada pengalaman akan mendapat 1,000 ganda kepuasan apabila melihat hasil titik peluh yang dihasilkan menjadi emas, dan mereka yang tidak lokek pengalaman adalah mereka yang mulia sifatnya. Justeru buku sebegini amat sesuai menjadi perantara menzahirkan segala pahit maung bergelumang di dalam sesuatu pekara.

Berani menanggung risiko, keazaman untuk berjaya, cara pelaksaanan yang berkesan adalah intipati kepada mereka yang mahu menceburi bidang katering. Jelas buku ini dapat memberi panduan serba sedikit tentang bidang saji menyaji ini.


Namun para pembaca harus sedar tiada yang mudah dalam segala bidang sekalipun. Maka anggaplah buku ini sebagai panduan, kemudian harus disertakan usaha yang bersungguh-sungguh.


Saya teringat sebuah novel yang sudah terlupa tajuknya, memetik ayat di dalam novel itu, `Perkara yang paling susah di dunia ini adalah untuk memulakan sesuatu`. Maka fikirkanlah.


Bagaimana atau sebanyak mana buku ini membantu anda akan menjadi pengusaha katering akan jadi tidak bermakna jika cef anda tidak pandai memasak " (Tuan Zonan Villa)

(2) Buku ini bukan sahaja untuk panduan mereka yang mahu mulakan bisnes katering tetapi ilmu yang dikongsi lebih menyeluruh tentang usaha dalam kehidupan. Lebih mudah untuk dicerna oleh minda. Bahasa yang mudah untuk difahami. Saya lebih tertarik dengan kotak nota yang disertakan. (Cikpuan Suhailah Onn, Cahaya Si Kunang-Kunang)

(3)
Kandungannya sangat menarik dan bersahaja. Penuh dengan kisah benar pengalaman penulis.
Sungguh seronok membacanya. (Tuan MBA).

P/s: Buku ini boleh dibeli online di Bookcafe PTS pada harga diskaun 15%. Sila ke sini.


1 comments:

Web Sutera said...

Ini mesej dalam kotak borak blog Lusiana Catering. "Salam kak Ana. tiba-tiba malam ini teringat kak Ana. Baru selesai membaca buku Buat Duit Dengan Katering. Buku pinjam. Satu pendedahan yang bagus tentang dunia katering. Kak Ana, kuih talam saya belum masuk dapur, hehehe. Buat Lusiana Catering dan penulis saudara Hizamnuddin, moga terus sukses."

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger