Wacana Azizi: Novel terakhir, Mandala Dunia Kedua

15 Zulkaedah 1432H - WACANA Azizi Abdullah seorang pendidik dan sasterawan berjiwa rakyat akan diadakan Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Jalan Kolam Air, Alor Setar, pada 23 Oktober ini, jam 2.00 petang.

Ketua Satu, Angkatan Sasterawan Kedah (ASASI), Dr Osman Ayob berkata, Hasan Baseri Budiman selaku panel wacana akan membicarakan mengenai Azizi sebagai seorang pendidik dan sasterawan besar berjiwa rakyat.

“Beliau akan memberi penekanan terhadap cerpen dan novel Azizi yang menyentuh kehidupan murid serta remaja. Azizi mengutip sepenuh pengalamannya sepanjang menjadi ustaz dan menerapkan ke dalam karyanya dengan berkesan sekali,” katanya.

Azizi yang mencipta nama dengan Seorang Tua di Kaki Gunung sehingga membolehkan novel yang mengangkat cabaran kehidupan ibu bapa selepas mendidik anak dengan penuh tanggungjawab menjadi teks Sastera, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) suatu ketika dulu.

Turut akan diadakan pelancaran novel terakhir Allahyarham Azizi, Mandala Dunia Kedua, selain promosi buku terbitan syarikat PTS dan taklimat berkaitan dasar serta matlamat penerbitan buku PTS oleh Tuan Rohidzir Rais.

Tarikh: 23 Oktober 2011.
Masa: 2:00 petang.
Tempat: Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Jalan Kolam Air, Alor Setar.
Acara:
- Wacana Novelis Arwah Azizi Haji Abdullah - Hasan Baseri Budiman.
- Pelancaran Novel Terakhir 'MANDALA DUNIA KEDUA'.
- Taklimat Penulisan Buku PTS - Rohidzir Rais, editor.

Berkaitan:
Idealisme Pak Azizi, membuka kagum di lubuk jiwaku

** We provide
catering services for the following; courses, training & seminar, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Halal Chinese & Indian style, & Halal Western dishes. We are a Malay-Muslim enterprise. Click here.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger