Program pelancaran buku SAMM disabotaj pimpinan PKR Negeri Sembilan?

20 Zulkaedah 1432H - Dalam satu program pelancaran makalah atau buku kecil berjudul Penjelasan Isu Cincin: ‘Imelda’ Rosmah Boros, Badrul Hisham Shaharin (che'GuBard) yang mengetuai organisasi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata “ada hero-hero pimpinan PKR di Negeri Sembilan yang bersungguh-sungguh menghubungi ramai orang termasuk pimpinan untuk tidak hadir program” pada 16 Oktober 2011.

Saya hairan akan pelakuan ‘hero-hero’ yang dikatakan che'GuBard tersebut. Sekiranya benar, apa sudah jadi? Pimpinan PKR sendiri tidak menyokong gerakan che'GuBard ini? Saya tidak mengikuti secara terperinci akan perihal cincin puluhan juta ringgit tersebut. Namun saya perasan bahawa pihak kerajaan UMNO-BN cuba berdolak dalih dan menerbitkan pelbagai cerita indah berkenaannya agar isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor tidak disabitkan. Padahal ceritanya sudah panas menggelegak.

Ikutilah cerita dari che'GuBard berkenaan majlis tersebut.


Semalam (16 Oktober 2011) 'menumpang' MATC Cabang Rembau telah diadakan majlis ringkas memperkenalkan booklet Penjelasan Isu Cincin RM24.45j dan pemborosan 'Imelda' Rosmah.


Sejak dari 8 Julai 2011 lagi, che'GuBard membuat pendedahan mengenai kemasukan cincin RM24.45 juta. Dalam borang kastam (kotak penerima) tertera nama Rosmah Mansor. Sejak dari tarikh itu, perbagai usaha penafian termasuk dengan menyerang cheGuBard sendiri.


Maka setelah berbincang, SAMM memutuskan untuk menerbitkan buku kecil setebal 16 muka surat untuk dilancarkan pada 16 Oktober bagi menjelaskan kemasukan cincin itu pada 16 April 2011 lalu.


Memang kebanyakan maklumat ada dalam internet, tetapi persoalan yang lebih penting ialah berapa peratus daripada rakyat mampu ada akses internet. Malah daripada jumlah yang sedikit itu pula, berapa ramai yang guna internet untuk mencari penjelasan alternatif mengenai isu negara. Majoriti masih terpedaya dengan propaganda murahan media perdana. Jika kita hanya khayal dalam internet maka kita akan bermain dengan kelompok penyokong yang sama.

Menyedari hakikat ini dan sedar isu cincin ini sudah diperkatakan di mana sahaja maka satu penjelasan lengkap harus dibuat. Buku ini akan menjelajah ke kawasan tapak sokongan regim. Maklumat propaganda murahan akan dipecahkan. Ini isu penting kerana sebuah negara pernah dicatakan hancur kerana '1st lady-nya' yang tamak, rakus dan sombong.

Justeru satu program hi-tea untuk pelancaran dirancang diadakan. Malangnya hujan ribut di Pekan Rantau telah memaksa program hanya diadakan di dalam ruang terhad pejabat PKR Rembau (DUN Rantau).


Pimpinan yang sudi hadir bersama ialah YB Fuziah salleh, Datuk Chua Jui Meng, YB Taufek dan YB Ravi. YB Antony Loke yang telah berjanji untuk hadir malangnya tidak muncul sehingga akhir program.


Di sini juga che'GuBard ingin melahirkan rasa kecewa kepada 'hero-hero' pimpinan PKR di Negeri Sembilan yang bersungguh - sungguh menghubungi ramai orang termasuk pimpinan yang dijemput untuk tidak hadir program semalam.


Che'GuBard berkata, “Ini ialah perangai busuk yang merosakkan perjuangan. Namun bagi kami anak muda biarkanlah mereka ini tenggelam dan perasan menyusun diri dalam kabinet bayangan sahaja.”


Che'Gubard ingatkan diri, kita buat kerja bukan kerana orang itu atau orang ini tetapi kita berjuang demi kewajipan melakukan perubahan yang kita yakini demi rakyat.


Program ini juga menjadi sasaran politik tidak matang UMNO-BN. Poster, banner dan bunting bagi tujuan promosi program ini habis dicuri. Ketika kami sedar semua bahan promosi hilang hanya selepas 6 jam dipamerkan.


Ramai tertanya - tanya mana SAMM mendapat wang untuk membuat cetakan. Jujurnya SAMM tidak menerima mana - mana dana dari mana - mana pihak. Risalah ini kita masih hutang dengan pencetak. Sehelai risalah kos cetakan RM0.65sen/naskah + kos penerbitan RM 0.50sen/naskah. SAMM telah membayar kos cetakan RM16,250 dengan 4 keping posdated cheque bertarikh 23 Okt, 30 Okt, 5 Nov. dan 11 Nov.


Beginilah juga kita mencetak buku Fitnah (sila klik) ia dibayar dengan cara yang sama, sementara sampai ke tarikh setiap cek itu hendak ditunaikan, maka SAMM akan cuba bersungguh-sungguh untuk melengkapkan jumlah wang untuk cek tarikh akan datang.


Semua projek penerangan turun ke bawah kami disara oleh rakyat sendiri. Seperti booklet ini bernilai RM1.50 senaskah, maka kami rayu untuk sesiapa yang prihatin agar selepas mendapatkan risalah ini, silalah ke bank dan masukkan RM1.50 (minima) ke akaun Solidariti Anak Muda 05012010074930 (Bank Islam Malaysia Berhad).

Sebarang kemasukan lebih dari nilai risalah amat dihargai. Ia akan membolehkan kami mencetak ulang risalah dan termasuk beberapa bahan baru yang lebih menggemparkan. Dengan berbuat demikian membantu merialisasikan 100,000 risalah sebelum hujung November.


Diharapkan dengan penerbitan booklet ini mampu mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai pemborosan orang yang menyamar "1st Lady Of Malaysia". Kepada Najib dan Rosmah, SAMM memberikan amaran ubah cara hidup jika tidak kamu akan kami ubah.


Kepada orang UMNO-BN, yakinlah dengan mengekalkan Najib dan Rosmah akan mempercepatkan kejatuhan UMNO-BN itu sendiri. Ikrar kami anak muda akan bersunggguh-sungguh sepenuh daya upaya akan memastikan Najib/Rosmah merupakan Perdana Menteri terakhir yang datang dari regim pewaris penjajah. SAMM percaya proses reformasi menyelamatkan negara hanya akan bermula selepas regim tumbang di tangan kuasa rakyat.


-- Kenyataan asal dari che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (www.anakmudamalaysia.com).

Berkaitan:
Buku FITNAH terbitan Solidariti Anak Muda Malaysia

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger