Berebut harta penerbitan buku: Dawama saman DBP

6 Zulhijjah 1432H - Laman berita online The Malaysian Insider melaporkan semalam (1 November 2011) bahawa syarikat Dawama Sdn. Bhd. menyaman Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Ketua Pengarahnya kerana fitnah. DBP mendakwa dalam rancangan radio pada 21 April 2011 bahawa Dawama salah urus dalam operasi bisnesnya.

Buat masa ini Dawama memegang kontrak 12 tahun untuk mencetak dan memasarkan buku-buku dan majalah DBP sehingga 2014.


Pada akhir bulan Julai 2011, Dawama telah meminta semua kakitangan berjumlah 400 orang untuk mengambil cuti tanpa gaji sebelum bermulanya Ramadan kerana masalah kewangan. Syarikat penerbitan itu mendakwa bahawa DBP telah menyebabkan krisis pada bulan Julai apabila DBP mengambil alih penerbitan buku-buku teks sekolah untuk tahun 2012 tanpa notis, dan menyerahkan hak percetakan dan pemasaran kepada pihak ketiga, serta melantik pencetak sendiri.


Pada 4 Ogos lalu, The Malaysian Insider juga melaporkan “Dawama workers no-pay leave letters have been rescinded and they remain employees, said Human Resource Minister Datuk Dr S.Subramaniam today. The minister explained that Dawama after discussion with Manpower Department director-general, Datuk Sheikh Yahya Shaikh has backed down from the no-pay leave enforced since Monday and will pay each worker for 12 days per month until its dispute with Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) is resolved.”


** Macam-macam cerita fasal Dawama sejak mula-mula penubuhannya lagi. Semuanya membabitkan wang dan penggunaan wang yang banyak. Pastinya itu semua wang negara milik rakyat. Aduhai Malaysiaku!

Ini pun satu cerita lagi:
KDN Melokap Pemilik Kedai Buku Menjual Quran

2 comments:

Anonymous said...

dbp ada koperasi buat apa?

Web Sutera said...

Koperasi DBP menjual mimpi.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger