KOMBAT ARMAGEDON - Dajjal berketurunan Yahudi


Malam tadi berjaya siapkan 10 muka surat fiksyen armagedon versi Islam ini untuk proposal kepada penerbit. Saya kongsikan sedikit.

Di sebuah perkampungan Yahudi

Dia lelaki tinggi dan gemuk, berhidung persis paruh burung. Isterinya juga gemuk. Si lelaki berasal dari keturunan seorang dukun bangsa Yahudi bernama Syaqq, manakala si wanita daripada bangsa jin.

Wanita gemuk bangsa jin dan banyak daging itu hidup pada zaman Nabi Sulaiman, dan dia boleh berhubungan dengan makhluk-makhluk halus dari suku kaum jin yang lain. Oleh kerana kejahatannya, dia ditangkap oleh Nabi Sulaiman dan dikurung di dalam penjara.

Daripada perhubungan kedua-dua makhluk ini, lahirlah Dajjal yang ditangguhkan kematiannya oleh Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berilmu.

Rasulullah (SAW) ada mengatakan, “Seandainya Dajjal keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang berhadapan dengannya bagi mewakili setiap orang Islam.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Ibnu Majah juga meriwayatkan hadis lain. Rasulullah (SAW) berkata, “Dajjal itu pastinya akan keluar pada zaman kamu.”

Masa berlalu sehingga ke suatu zaman nanti. Al-Masih Dajjal sedang menunggu masa yang ditentukan Allah untuk keluar menjelajah dan menjarah muka bumi. Tempat singgahnya ialah di sebelah timur, dengan menguasai teknologi kenderaan sepantas cahaya dan senjata pembinasa yang pernah digunakan dalam sengketa kaum jin.

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok Gharqad, kerana ia adalah pokok Yahudi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

** Bermula sebuah misi, insya-Allah.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger