Sultan Sulu - Ada kaitan?

Ada kaitan? Berita lama.

KOTA KINABALU, 22 Feb. 2011 - Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad (foto), yang diselubungi kontroversi selepas diisytiharkan sebagai Sultan Sulu di sini baru-baru ini, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada UMNO berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu yang dinyatakan dalam sepucuk surat yang dihantar ke ibu pejabat UMNO dengan salinannya dikirim ke pejabat di Sabah, akan menyelamatkan parti itu daripada bersusah payah membincangkan tentang keahliannya dalam UMNO sejak lebih dua dekad lepas.

Dalam satu kenyataan, Mohd Akjan berkata laporan polis dan serangan dalam media susulan berita beliau dilantik menjadi Sultan Sulu ke-33 bermotifkan politik dan bertujuan memusnahkan nama baik beliau.

"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini, katanya.

Mohd Akjan berkata apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu.

Katanya, beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis pertabalan sebenar diadakan. - Bernama

** Artikel penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger