UFO - ‘Hijab’ dari sebalik agenda Dajjal?


Mungkin dalam sistem suria kita yang mengandungi 9 buah planet tidak terdapat kehidupan makhluk bertamadun (atau ada di Marikh misalnya?) seperti manusia di bumi. Bagaimana pula dengan sistem-sistem planet yang berselerak di seluruh cakerawala? Kosong begitu sahaja? Tidak mungkin!

Di sini diceritakan beberapa penemuan, catatan dan pengalaman manusia yang pernah dilalui di beberapa belah sisi bumi. Sekadar beberapa kisah supaya kalian turut sama berfikir keajaipan ciptaan Tuhan yang Maha Esa ini yang akan terus mencabar minda dan pemerhatian bagi yang ingin mentaakul. UFO adalah penemuan atau hijab sains yang akan terus menjadi bahan kajian saintis dan manusia lain yang berminat.

Tentu kita tertanya-tanya apakah motif sebenar mereka mengunjungi kita di bumi. Banyak kisah yang terpapar sama ada dalam bentuk makalah, penulisan buku, filem, mahupun internet, UFO yang membawa bersama makhluk dari dunia lain mendarat di tempat-tempat sunyi.

Mereka suka mengekori pesawat-pesawat udara dan armada besar di lautan. Kisah yang sehingga kini menjadi tanda tanya berlaku di Bermuda Triangle mengenai misteri hilangnya kapal-kapal yang melalui ruang udara dan lautan di sekitar segitiga tersebut. Ia kekal memeningkan kepala para saintis dan ahli agama di seluruh dunia. Walaupun pelbagai teori dan tanggapan diberikan, pastinya UFO tidak ketinggalan.

Melalui pelbagai cerita dan fakta yang sekian lama kita dengar, dapat dibuat kesimpulan yang terdapat dua alasan tibanya mereka ke bumi. Pertama, tujuan lawatan mereka seperti mana matlamat penerokaan kita ke angkasa lepas dan planet lain seperti Marikh, yakni untuk kajian serius. Mereka mengambil sampel-sampel batu-batan, tanah, air, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya untuk dikaji. Matlamat mereka ialah untuk mencari dan berhubung dengan kehidupan lain di planet-planet lain.

Keduanya, aktiviti sampingan tanpa niat untuk membuat kajian. Aktiviti ini termasuk mengekori pesawat udara dan bermain-main dengannya, mengintai orang-orang yang bersendirian di tempat-tempat terpencil sambil mengusik mereka, membuntuti kenderaan di jalan-jalan yang sunyi, membuat penerbangan lalu lintas di udara, memancarkan cahaya yang terang dan sebagainya.

Dalam misteri hadirnya UFO, wujud pula satu misteri lain. Mengapa makhluk di dalam UFO tidak membuat perhubungan secara rasmi dengan pemimpin-pemimpin negara atau saintis ataupun berhubung dengan pusat-pusat komunikasi yang dibina khusus untuk mereka? Walaupun terdapat stesen angkasa lepas dan sistem pemancar isyarat di bumi seperti yang dibina oleh Amerika Syarikat, mereka masih tidak berhubung secara rasmi dengan kita?

Ataukah ia sekadar ‘hijab’ dari sebalik agenda suatu pihak dalam menunggu akhir zaman?

** Akan bersambung.


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger