Konstantinopel: Jihad AL-FATEH adalah politik


Buku ini sebuah novel politik, justeru politik itu ialah sebuah addin yang dibawa oleh Islam. Di halaman 394, saya nukilkan dialog di antara watak seorang pemuda Inggeris dengan dua orang Muslim Turki.

“Perhubungan dengan negara lain sekitar Eropah?” Soal Gale semakin galak untuk menilai sendiri kebijakan politik Islam.

Sarah Mirza menjawab, “Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing selain daripada Empayar Byzantine. Ia termasuk Perancis atau Frank dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini bertujuan untuk perdamaian di antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti.


“Hubungan yang baik dengan orang Kristian-Perancis merupakan kebijaksaan strategik kerana mereka mempunyai musuh yang sama. Kedua-dua buah kerajaan ini sentiasa bertukar-tukar utusan sebelum pemimpin mereka, Khalifah Harun al-Rashid, bertemu raja Perancis, Charlemange. Malah, kerajaan Perancis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan Abbasiah demi kebaikan rakyatnya.”


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger