Champion Gaya AL-FATEH: Bangkitlah, duhai pemuda!


Dalam meneliti usaha-usaha dan jejak-jejak jihad tentera Islam membebaskan kota Konstantinopel, kita tidak boleh untuk tidak menoleh ke belakang melihat usaha para Sultan Seljuk, terutamanya Sultan Alp Arslan yang bermaksud Singa Berani. Saya petik secebis kisahnya dari novel Konstantinpel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH.

Menurut ulama tafsir dan sejarah muktabar Ibnu Kathir, dalam persediaan peperangan di Manzikert, yang merupakan sebuah bandar di wilayah Mus di timur Turki, maharaja Bizantin menerima sokongan seumpama gunung daripada Rom, Rusia dan Frank atau Perancis. Menurut beliau, gabungan tentera ini terdiri daripada 35 ribu Patriarch atau batalion khusus dengan ketumbukan seramai 200 ribu tentera.

Kesungguhan Maharaja Romanus IV Diogenes juga boleh dilihat daripada bilangan 400 ratus kenderaan berkuda yang disediakan bagi membawa peralatan sampingan serta dua ribu kenderaan membawa senjata, pelana kuda, peluru dan senjata manjanik.

Dalam pada itu, Sultan Alp Arslan sudah mengetahui kedudukan angkatan Bizantin. Baginda bersama-sama angkatan sekutunya dengan kekuatan 30 ribu tentera berkuda dari Aleppo dan Mosul, bergerak ke sana. Mereka berhadapan dengan angkatan Bizantin di Manzikert pada 26 Ogos 1071. Melihat bilangan tentera Bizantin itu, ada kebimbangan menyelinap ke dalam sanubarinya.

Sultan Alp Arslan menoleh ke arah salah seorang penasihatnya yang bernama Abu Nasr Muhammad bin Abdullah al-Bukhari. Ulama itu memberi cadangan.

“Tuanku, mengikut budi bicara saya, molek kiranya Tuanku mulakan peperangan ini selepas gelincir matahari pada hari Jumaat. Tuanku jangan bergundah, kita ada Allah. Mohonlah bantuan daripada-Nya. Insya-Allah, pada waktu khutbah dan doa dibacakan, saya yakin bantuan Allah akan tiba.”

Apabila menghampiri waktu untuk dirikan solat Jumaat, ulama penasihat Sultan Alp Arslan, Abu Nasr Muhammad bin Abdullah al-Bukhari berkata, “Seandainya Tuanku berperang untuk mempertahankan agama, sudah tentu Allah menjanjikan kemenangan dan membenarkan agama ini mengatasi agama-agama yang lain. Saya berdoa semoga Allah catatkan nama Tuanku untuk memperoleh kemenangan. Mari, Tuanku, solat Jumaat sudah tiba."

Akhir kisah ialah kemenangan yang dicapai oleh Sultan Alp Arslan bersama tenteranya yang sedikit itu adalah satu lagi titik penting dalam sejarah Islam. Kemenangan itu membuka laluan untuk melemahkan pengaruh Rom Timur di Asia Kecil.


@@@@@@@

Insya-Allah, contoh peristiwa dalam sejarah di atas adalah salah satu kisah yang menunjukkan bahawa kelebihan numerikal bukan penentu segalanya. Banyak kisah lain, termasuk perang pertama dalam Islam, yakni Perang Badar menjadi ibrah agar kita mengkaji dan mentaakul. Sang pemuda Sultan Muhammad Al-Fateh berbuat demikian.

Ayuh teruskan mentadabbur Al-Quran di Ramadhan 1434 Hijrah ini!

Berkaitan: Champion Gaya AL-FATEH: Sahabat-sahabat Parit Pertahan Iman

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger