Tazkirah Ramadhan: Panas di Mesir


“Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira.” (Surah ar-Rum 30: 1 – 4)

Ini ayat politik dalam Al-Quran dan khabar masa depan. Ayat ini juga saya petik dan sedikit mentadabbur dalam novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH. Situasi di Mesir dengan kudeta terhadap Presiden Mohamed Morsi juga boleh ditaakul dalam ayat Surah ar-Rum ini, insya-Allah.

Panas di Mesir akibat tiupan konspirasi musuh Islam, terutamanya Zionis Yahudi Israel LAKNAT dan pimpinan Amerika Syarikat. Sejak sang alim Mohamed Morsi berada di tampuk pimpinan negara para nabi itu, gerembolan penjahat dunia panas bontot.

Sempadan Rafah dibuka, umat Palestin dan rakyat Mesir bebas keluar masuk untuk raikan saudara di bumi Palestin di Gaza. Israel mengintai Mohamed Morsi yang akan menguasai Terusan Suez. Terusan itu di sebelah barat semenanjung Sinai, merupakan laluan kapal dagang dan tentera sepanjang 163 kilometer.

Justeru mereka merancang dan berkomplot. Akibatnya tentera Mesir membuat kudeta! Pemimpin kuffar bertepuk tangan. Zionis Yahudi melompat riang!

Sabarlah, wahai pejuang Allah. Sungguh, dikau pemimpin yang baik, namun Allah Maha Merancang segala.

@@@@@@@


Tidak berkaitan (mungkin ada kaitan?): Perjuangan jihad diteruskan sehingga syahid atau menang. Itu tekad mereka. Beberapa hari kemudian, mereka memperoleh info sahih berkenaan pakatan ahzab di utara Palestin di lembah Megiddo. Panji-panji jihad terus berkibar megah demi umat Islam dan agama Allah yang hak. JOM >>

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger