Kombat Armagedon: Spora anthrax UFO


Letusan bom merembeskan spora anthrax  paru-paru di bawah lebih kurang lima kilometer menurut arah angin. Ia meletup di kawasan hutan simpan Apache dan setakat ini seratus orang maut.

Terdahulu pihak FBI, CIA dan Keselamatan Negara menerima laporan sebuah piring terbang terhempas di awal pagi sekitar 4.30 am. Pada mulanya mereka enggan percaya, justeru menganggap itu satu lagi mesej palsu. Namun setelah beberapa pengesahan, maka mereka mulai bergegas menyiasat. Itu dua belas jam yang lalu.

Sebagai memenuhi ciri-ciri seorang pakar, dia mengkaji Bible dan Al-Quran, walaupun ramai orang membebel bahawa dia sedikit paranoid. Dia juga faham siapakah di sebalik piring terbang yang terhempas di Manila, Filipina beberapa bulan lalu.

“Bukan sekadar UFO,” begitulah komen ringkasnya sebelum analisis lengkap diserahkan kepada ketuanya, penolong pengarah CIA seksyen kriptografi dan senjata biologi.


** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger