Temasya Masjid Ar-Rahman (TAMAR) 23 – 24 Mei 2015


Selama dua hari saya berada di ruang legar dalaman Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur untuk program Temasya Masjid Ar-Rahman (TAMAR). Mulanya, pada hari pertama 23 Mei, saya ke ruang parkir di bahagian belakang masjid ingin buka meja dan bonet kereta untuk jualan buku-buku. Usya punya usya, alih-alih semua yang membuat jualan di situ balik sebelum jam 3.00 petang. Sebabnya ialah tiada orang pergi ke situ kerana, pada hemat saya, ruang langsung tak strategik. Jadi saya pun membawa buku-buku ke bahagian dalaman masjid.

Peluang menjual buku/novel di ruang legar dalaman masjid berbaloi dari banyak sudut. Berkongsi ruang niaga penerbit Galeri Ilmu, saya bertemu, bersembang, menjual dan autograf buku-buku yang sahabat pembaca beli. Juga peluang mempromosi diri yang bersedia berkongsi cerita dan pengalaman di sesi motivasi dan acara buku.

Alhamdulillah. Masya-Allah! Di hari pertama juga, saya menerima kunjungan seorang sahabat Cina, Devlender Yeoh. Dia membeli tiga buah novel ibrah sejarah terbitan Galeri Ilmu, dan saya hadiahkan novel keempat bersama Must Read - Nakhoda Agung (kisah bahtera Nabi Nuh dan melapetaka besar di waktu itu). Dia berkata, “Tuan, ini kali ketiga saya masuk masjid.” Pada mulanya saya tak perasan semasa dia menegur di ruang parkir belakang masjid. Allahu-Allah! Dia kenakan pakaian sangat sopan. Kemudian bualan kami panjang, lebih satu jam.

Hari pertama saya berada di masjid sehingga hampir jam 10,00 malam, disamping mendengar kuliah Maghrib, dan sesi perkongsian mengenai buku. Pada hari kedua, jualan saya dan Galeri Ilmu bertambah rancak. Alhamdulillah. Saya tetap bersedia turun berjuang, insya-Allah.

 ** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger