Dalam
mengendalikan bisnes katering, katerer mungkin akan berhadapan dengan kehendak
tetamu yang pelbagai. Misalnya dalam satu majlis yang kehadiran tetamu dalam
lingkungan 800 atau 1,000 orang, mustahil katerer dapat memenuhi selera secara
100 peratus. Sedikit sebanyak mungkin ada rungutan, walaupun mungkin kecil
kalau hendak dinisbahkan secara total dari segi perkhidmatan dan mutu sajian
yang disediakan.
Apa
yang hendak saya sorot di sini ialah rungutan atau pertanyaan itu mungkin
diajukan terus kepada tuan punya bisnes katering tersebut. Jika berlaku,
saudara sebagai pengendali katering jangan bermasam muka dengan tetamu
tersebut. Maniskan muka dan bercakap secara mesra. Jangan pula disebabkan
jawapan saudara, tetamu menjadi semakin tidak puas hati.
Selalu
bersangka baik atas apa pun teguran, kerana ia akan lebih mematangkan kita
dalam urusan bisnes, insyaallah. Tidak salah untuk mengaku kesilapan jika benar
ada. Juga tidak mengapa jika tetamu atau klien itu kelihatan sedikit ‘lebih’
dalam mengajukan persoalan, tetapi saudara mengukir senyum.
Saudara
juga jangan pulangkan paku buah keras kepada klien atau tetamu seandainya
memang si penanya itu tersilap jangka. Berbaik sangka dan hadiahkan senyuman
manis. Insya-Allah, saudara akan selamat dan tetamu atau klien akan berpuas
hati.
***
Hari
Isnin lalu - 15 Ogos 2016 - saya berbincang dengan tenaga kerja Buku
Puris. Antara agenda ialah siri ketiga thriller-sejarah/fantasi
Trilogi Armagedon akan diterbitkan di bawah penerbit ini. Mereka bersetuju
dengan beberapa cadangan menarik. Insya-Allah, bakal lahir menjelang PBAKL
2017.
Juga
untuk re-branding novel Macedonia: Alexander Agung yang habis licin dalam
pasaran. Apa kata tuan dan cikpuan tentang hal ini? Ada yang kekal sudi untuk
dapatkan versi terbaharu novel thriller-sejarah ini?
** Saya WEB SUTERA, novelis dan penulis yang sudah
menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku.
** Selain menulis, saya juga pengusaha servis katering untuk
kawasan KL/Selangor dan Negeri Sembilan.
0 comments:
Post a Comment