Merdekakah Kita?



Rangkuman di Karnival Geng Masjid Merdeka, Masjid As-Syarif, Meru, Klang, 26 – 28 Ogos 2016. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi bertemu saya. Sembang, cerita dan buah fikir yang kita kongsikan memberi banyak sudut pandang. Penghargaan kepada yang membeli karya-karya saya di gerai penerbit. Insya-Allah, semoga tautan ukhuwah ini berpanjangan sehingga ke negeri Akhirat.

Satu sisi saya nak sorot, yang begitu terkesan di hati. Yakni solat jemaah di masjid macam solat Jumaat. Penuh sampai ke hujung karpet. Allahu-Akbar! Inilah antara kesan yang muncul, yakni paling tidakpun para pengunjung dan anggota pempamer bersolat jemaah. Bukan ke itu indah dan menusuk di hati?

Pada hari terakhir karnival, usai solat Isyak, sesi sembang dan bicara mengenai erti merdeka. Ahli panel secara keras dan yakin memberitahu “Jangan buta sejarah!” Kerana buta sejarahlah kita dihenyak oleh geng kuffar dan konco-konconya. Gali sejarah dari sumber-sumber yang autentik, usah terima begitu sahaja apa yang disogok oleh para pembenci Islam.

Bercakap soal solat, ingin saya berperi akan surau-surau di pusat membeli-belah, terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor. Dari pengalaman sendiri, saya lihat majoriti surau yang disediakan bagaikan ‘asal ada’, yakni dapat bersolat jemaah beberapa saf sahaja (baca hanya 2 saf!). Ada surau yang hanya dapat muat 4 sehingga 6 orang sahaja serentak. Imam pun santak ke dinding depan kerana sempit!

Mengapa? Kerana, insya-Allah, antara lain, ada orang-orang yang diberi tanggungjawab buta sejarah. Buta sejarah lantaran tercucuk hidung oleh penguasaan puak-puak Zionis-Yahudi. Walhal dalam masa yang sama, puak-puak yang memegang cemeti itu akan cair dan runtuh seperti mana firman-firman Allah dan sabda-sabda Nabi Muhammad (SAW). Tak takut ke?

Surau-surau yang disediakan tak cukup ruang untuk berjemaah secara empat atau lima saf panjang. Maka anak-anak muda dan orang-orang dewasa menunggu saf demi saf keluar barisan untuk berjemaah dua, tiga, empat, bahkan lima kali lagi. Saya tak nafikan ada beberapa lokasi yang suraunya besar, cukup selesa untuk berjemaah. Tapi majoriti daripadanya tidak.

Peraturan wajib dibuat agar semua pusat membeli belah sediakan surau paling minimum pun dapat digunakan oleh lima saf untuk bersolat jemaah serentak.

Mengapa tak boleh untuk merombak surau-surau yang ada? Susah nak rombak kembali surau, lantaran ruang kecil, kononnya? Buat kedai besar-besar itu boleh pula? Oh ya! Surau tak ada nilai komersial! Itu yang difikirkan? Jahanam!

Mana erti merdeka? Nilai komersial dilihat dari kacamata wang ringgit sahaja? Jangan buta sejarah!


** Foto-foto rangkuman di Masjid As-Syarif, Meru, Klang. Selamat Hari Merdeka 31 Ogos 2016. Ubah gaya berfikir.

** Saya WEB SUTERA, novelis dan penulis yang sudah menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku.

1 comments:

atok said...

Kita buat bancian sendiri: antara yang rasa merdeka (pasang bendera),dengan yang rasa kita tidak merdeka (tidak pasang bendera). Kalau anwar bebas, saya percaya rata2 rakyat msia pasang bendera, macam dulu2.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger