Ramai kenal sejarah ‘seekor’ Batman berbanding Muhammad Al-Fateh


Saya dah baca buku Konstantinopel: Kibaran Panji-panji Al-Fateh ni. Struggle nak habiskan? Memang. Tapi sebab saya suka sejarah dan sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh itu sendiri. Part of Islam dan sebahagian dari hadis Nabi Muhammad SAW yang rasanya boleh dikatakan sangat penting (wajib mungkin?) bagi umat Islam untuk kenal siapa beliau.

Memang baca sampai habis. Sultan Muhammad Al-Fateh adalah satu susuk individu yang patut semua orang Islam kagum dan teruja dengan beliau, sebelum teruja dengan segala watak fiksyen dalam movie barat tu. Tapi sayang... ramai yang kenal 'sejarah ciptaan' seorang (ke seekor?) Batman daripada Sultan Muhammad Al-Fateh itu sendiri yang sejarahnya adalah sesuatu yang nyata bukannya ciptaan. Muslim ada hero yang wujud di alam nyata, tapi ramai Muslim yang bangga dengan hero yang tak wujud dan tentunya tak sembah Allah. Macam mana tu?

Buat saya terfikir. Dahsyat betul musuh Islam ni bertungkus-lumus (dan berjaya) brainwash-kan manusia (terutama Muslim itu sendiri) daripada bangga dengan 'Hero' realiti bukan fantasi. Hari ini ramai yang bangga follow bersiri-siri movie daripada lelaki labah-labah (spiderman), sampailah ke lelaki kelawar ke kapten Amerika.

Ambil contoh penipuan mereka dalam movie Dracula The Untold: The Truth. Berapa ramailah yang tahu cerita itu walaupun tertulis ‘the truth’, sebenarnya penipuan sejarah yang besar?

So, buku ni memang saya suggest untuk semua peringkat umur, daripada mak bapak sampailah anak-anak.

Untuk parents, silalah tanam cita-cita dan didik anak-anak supaya jadi sehebat insan yang membenarkan ramalan Rasulullah SAW ini. Untuk adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, tanam cita-cita dan berusaha untuk meniru ke-'awesome'-nan Sultan Muhammad Al -Fateh. Bagaimana beliau boleh jadi insan yang cemerlang (sangat cemerlang) pada usia yang sangat muda, luaskan empayar Islam (dan memastikan tegaknya undang-undang Islam tu sendiri). Bukan sesuatu yang mudah. Kita jangankan nak Islamkan seseorang pun, nak berhujah tentang kelebihan Islam tu pun gagap.

Tambahan nota: Kalau susah nak hadam buku sejarah (novel sejarah – Penulis) macam ni (faham ramai tak minat sejarah ), cuba baca satu bab sehari. Itu pun jihad kan? Jihad mencari ilmu, insya-Allah.

Insya-ALLAH kalau ada rezeki, buku-buku lain Pak Web saya akan kumpul. Sekarang ni pinjam kat librari je.

All the best buat penulis Web Sutera. Saya kagum dengan Pak Web sebenarnya, mampu tulis buku-buku yang penuh dengan fakta. Bukan sesuatu yang mudah pada saya.

Semoga Allah memudahkan segala urusan Pak Web dalam jihad penulisan ini, insya-Allah.

-- (Komentar dari Cikpuan Yaya Yui di Facebook beliau).

** Saya WEB SUTERA, novelis dan penulis yang sudah menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku.
** Saya juga pengusaha servis katering untuk KL/Selangor dan Negeri Sembilan. Sudikan untuk hubungi saya bagi sebarang majlis halal. Insya-Allah, benda boleh bincang.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger