Terima kasih kerana
memberi makna kehadiran saya di acara buku ini. Selama 6 hari berada di sini
dengan sokongan para pengunjung, rakan pempamer, penganjur dan pihak lain yang
sudi menyapa, membeli, mendengar cerita dan bergambar dengan saya.
Sepanjang kehadiran
di Pesta Buku SOGO Kuala Lumpur 2016,
saya melihat rencam 'anutan' pengunjung. Saya suka menegur, justeru dari situ
saya dapat melihat banyak respons. Ada yang teruja apabila saya berkata,
"Cikpuan, saya tulis novel ini. Minat baca novel?"
Ada yang hanya
tersenyum. Bahkan ada juga buat tak endah dan berlalu... melangkah kaki entah
ke mana arahnya (mungkin sekadar 'mencemar duli'). Ada saya dengar dan lihat, “Eeh!
Cepatlah Angah! Daddy ada banyak kerja ni. Beli cepat!"
Namun ada juga yang
sudi bergambar dan meminta bergambar dengan saya. Inilah rencam perangai
manusia. Walau apapun, saya akan terus turun untuk menemui pembaca dan
mempromosi buku-buku, insya-Allah.
Antara foto-foto yang
sempat dirakam. Terima kasih lepada semua pembaca yang membeli novel Perang Armagedon dan Baitulmaqdis: Petaka Armagedon, novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panjiAl-Fateh, Puisi Tak Puitis -
Himpunan Puisi Web Sutera dan antologi cerpen Kelibat.
Semoga setiap bualan,
celoteh saya dan bait ayat di setiap buku memberi makna serta manfaat.
Insya-Allah, saya akan terus menulis dan sentiasa bersedia untuk menemui para
pembaca di mana jua. Jemput, heret dan panggilah saya lagi.
Mohon doa kalian agar
Allah terus memberi kekuatan untuk diri ini bergerak dalam dunia perbukuan
negara.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment