Seperti hari-hari yang berlalu, seorang wanita bangun dari tidurnya. Dia
berlekas menuju ke ruang dapur untuk sediakan makanan dan minuman. Dia masih
laksanakan tanggungjawab khususnya untuk anak-anak yang masih berdengkur di
tempat tidur. Gerak kerjanya pagi ini agak terkocoh-kocoh, mahu cepat. Makanan
dan minuman di pagi ini agak banyak.
Tidak berapa lama selepas itu, urusannya di dapur selesai. Dia
membungkus seberapa banyak sajian yang boleh dibawa. Bakinya disimpan untuk
anak-anaknya. Dia bersegera menuju ke tempat mandi. Usai bersiap, kemudian dia berjalan
menuju ke pintu keluar rumah, tanpa memberitahu suaminya, Nabi Nuh. Dia
mengenakan baju cantik hari ini untuk tujuan khas.
Sebelum sempat dibuka pintu rumah, alih-alih anaknya yang masih
muda, Kan'an, menegurnya, “Selamat sejahtera, ibu ... .“ Dia melihat
pakaian ibunya yang cantik itu, lalu bertanya, “Ibu mahu ke mana awal pagi ini?
Lawa nampak.”
Isteri Nabi Nuh membuat isyarat agar anaknya rendahkan suara, lalu
berkata, “Kamu sudah lupa, Kan’an? Bukankah hari ini hari besar. Hari raya
untuk tuhan-tuhan kita. Ibu mahu pergi ke majlis Sembahan Besar.”
“Mengapa ibu cakap perlahan?”
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
** WEB SUTERA - Marhaen lagi al-faqir. Bukan mahu mengajar, melainkan saling mengingat.
** WEB SUTERA - Dare to be different!
0 comments:
Post a Comment