Catatan
dari AraEmpBooks di Instagram:
Novel
ketiga bagi Trilogi Armagedon. MAGEDDO: PETAKA AHZAB karya oleh penulis WEB SUTERA merupakan novel ketiga bagi Trilogi Armagedon. Kesinambungan dari dua
novel sebelumnya, PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON.
Novel
ini meneruskan sebuah epik perjuangan bangsa (manusia). Perang dan petaka masa
hadapan ini berlaku akibat daripada konspirasi Zionis-Yahudi yang berterusan
memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia.
Pertempuran berlaku dengan para Mujahid Islam yang berjuang menentang gerembolan
Zionis-Kabbalah yang mengadu domba ini.
Manusia
dan jagat menjadi rosak rentetan daripada perang berdarah. Muncul Islam di
persada dari bumi anbiya’, melayari horizon buana kemanusiaan atas nama jihad
atau mati syahid. Petaka yang tiada belas kasihan ini terhampar dari Palestin
dan Al-Quds sehingga ke Nusantara, termasuk juga petaka Yakjuj dan Makjuj ke
dunia ghaib.
Mulai
muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris
Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara
haram Israel. Tewaskah gerombolan syaitan dan tentera hibrid yang diketuai oleh
Zionet? Berjayakah anak muda Mujahid Islam menggenggam kemenangan apabila
perjuangan mereka dipandu oleh ulama sedunia?
Kisah
perjuangan yang berterusan dalam naskah novel MAGEDDO: PETAKA AHZAB. Miliki
novel ini dan selamat membaca!
Jom
Bedah Buku, cedok ilmu. Buku baru TERBIT, kawan... judulnya MAGEDDO: PETAKA
AHZAB.
PENULIS: Web Sutera
HARGA: RM20
TEBAL: 264 muka surat
SAIZ: 5.15” X 7.5”
*********
Catatan penulisnya WEB SUTERA
TRILOGI
YANG BERMULA DALAM PERANG ARMAGEDON BERSAMBUNG:
Sebermula dari labirin alam
Underworld ... arena medan tempur ...
jenis tentera yang tak boleh dilupakan, kombat yang menyayat hati. Perang dan
petaka masa depan yang tiada belas kasihan terhampar di hadapan dunia
kemanusiaan yang semakin menipis nilai jati diri kejadian. Setelah gagal
menabrak Madinah, dan terbantut menerobos Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa,
Zionis-Yahudi terus memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai
kuasa baharu dunia.
Di antara ramai manusia
yang berkecamuk jati dirinya, muncul di persada sekumpulan manusia bernurani
yang dapat melihat pelan busuk dari Underworld. Makanya, dunia kegelapan yang
ingin membalas dendam bertempur lagi dengan para Mujahid Islam. Namun mulai
muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris
Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara
haram Israel.
Pertempuran perikatan
Ahzab yang diketuai oleh Zionet menggunakan gerembolan syaitan dan tentera
hibrid, berdepan dengan anak muda Mujahid Islam yang dipandu oleh ulama
sedunia.
MAGEDDO: PETAKA AHZAB,
novel ketiga bagi Trilogi Armagedon. Kesinambungan dari dua novel sebelumnya - PERANGARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu.
Buku ketiga dalam siri Trilogi Armagedon, insya-Allah. Ciciplah... semoga ia memberi
kefahaman dalam ceritera.
0 comments:
Post a Comment