RAJA KESATRIA – KEMBARA DI ANTARA DUA TANDUK

Setelah berbincang dengan rakan-rakan yang prihatin, saya ubah sedikit terma dan syarat untuk dapatkan novel RAJA KESATRIA (foto) pada harga RM10 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL2017). Novel ini sudah ramai yang memperkatakannya dan rencam komen yang diterima, bukan cakap-cakap kosong tidak berpijak di bumi nyata, insya-Allah.

Sebarang pembelian dua (2) buah buku/novel/antologi karya saya sama ada di reruai Galeri Ilmu/Buku Puris, Buku SO atau di mana-mana sahaja ada dijual, maka korang akan dapat TAWARAN HANGIT INI, yakni RAJA KESATRIA bermuka surat 500 + pada harga RM10 SAHAJA. Cari saya bersama bukti pembelian di reruai Galeri Ilmu/Buku Puris dan Buku SO di sepanjang PBAKL 2017. Saya berbesar hati menunggu.

Sekali lagi... ini TAWARAN HANGIT DAN HANGUS DARI WEB SUTERA, KHAS DI SEPANJANG PBAKL 2017 SAHAJA.


Apakah RAJA KESATRIA?

Kamu Alexander, tidak tidur di waktu malam.
Wahai Raja, mengapa matamu redup dalam bersiaga?
Duhai Zulqarnain, adakah jiwamu berkelana?
Ke mana mencari takdir dan meneroka tadbir?
Adakah ke samudera yang bergelombang?
Menelusuri cinta yang menghempas pantai?
Medan diraduk, lautan diseberangi... hutan dan gunung ditawan!

Apa kaitan di antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang yang sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran?

Saga kembara jiwa, fizikal dan iman dalam meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama. Merentas waktu dan jarak, dari Macedonia sehingga ke benua India. Berdada dengan gelagak medan tempur yang penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin terus berkelana dalam ramainya manusia. Raja Zulqarnain berhasrat menyatukan manusia di Barat dan Timur dalam sebuah empayar luas yang dicatat sejarah dan kitab.

Maka dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang Maha Esa, romantik jagat buana dibebaskan dari belenggu penguasa tirani oleh Raja Kesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.

Dengan ilham dari mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala. Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah.

Paluan genderang perang dan jeritan medan tempur, hujan anak panah yang menjunam, lontaran tombak dan bebatuan berapi, rengkikan kuda dan laungan gajah... semuanya berada di dua belah pihak.

Novel thriller sejarah MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG bakal muncul di PBAKL 2017 dengan wajah baharu atas permintaan pembaca. Bukan sahaja berwajah baharu, bahkan judul bertukar kepada RAJA KESATRIA dan tambahan muka surat EKSKLUSIF - Extended Edition. Dengan ketebalan lebih 500 muka surat, harganya TETAP RM20. ULANG SIARAN, RM20 SAHAJA!

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger