PBAKL 2017 - Discover Jannah dalam Karya Kreatif


Discover Jannah – ini antara lain konsep yang ingin disampaikan oleh pihak Galeri Ilmu dan Buku Puris di sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL 2017).

Sealiran dengan konsep ini, di beberapa acara buku saya melihat pelbagai ragam manusia. Apa yang saya dengar dan lihat kadangkala membuat hati ini terguris. Bahasa badan dan cakap-cakap yang melihat dan menilai novel-novel adalah buku-buku yang tidak patut dibaca. Seolah-olah novel atau karya fiksyen adalah picisan serta ia sebagai agen perosak masyarakat.

Tetapi ada banyak, bahkan rencam genre karya sastera atau novel yang menjurus kepada kebaikan dan mengajak pembaca berfikir. Inilah konsep Discover Jannah. Insya-Allah, itu antara lain matlamat novel-novel saya ditulis. Antaranya ialah sekuel kepada PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON, yakni MAGEDDO: PETAKA AHZAB.

Walaupun ia kisah perang dan epik perjuangan di masa depan dan agak seram, ia masih berada dalam landasan rasa berhamba kepada Allah Taala, dan bahawasannya manusia tetap perlukan Tuhan dalam segenap segi kehidupan.

Kisah perang, seram, mistik, sejarah atau genre lain dalam novel, apa yang patut disentuh ialah dakwah kena ada usaha. Manakala kemenangan elemen kebaikan bukan hak manusia, bahkan hak Allah segalanya.


Saya WEB SUTERA, novelis yang bersama-sama Buku Puris dan Buku SO bersama-sama Discover Jannah. Temui saya di sepanjang PBAKL 2017, PWTC, 28 April – 7 Mei.


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger