Cakap banyak tak nak! Khas untuk korang yang gila buku dan suka majlis ilmu. Cari saya di reruai Galeri Ilmu Sdn Bhd / Buku Puris atau Buku SO untuk dapatkan tawaran HANGIT & HANGUS ini. Tandatangan akan dicop untuk setiap pembelian.
************************
Kamu Alexander, tidak tidur di waktu malam.
Wahai Raja, mengapa matamu redup dalam bersiaga?
Duhai Zulqarnain, adakah jiwamu berkelana?
Ke mana mencari takdir dan meneroka tadbir?
Adakah ke samudera yang bergelombang?
Menelusuri cinta yang menghempas pantai?
Wahai Raja, mengapa matamu redup dalam bersiaga?
Duhai Zulqarnain, adakah jiwamu berkelana?
Ke mana mencari takdir dan meneroka tadbir?
Adakah ke samudera yang bergelombang?
Menelusuri cinta yang menghempas pantai?
Medan diraduk, lautan diseberangi... hutan
dan gunung ditawan!
Apa kaitan di antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang
yang sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran?
Saga kembara jiwa, fizikal dan iman dalam
meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama. Merentas waktu dan jarak, dari
Macedonia sehingga ke benua India. Berdada dengan gelagak medan tempur yang
penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin terus berkelana dalam ramainya
manusia. Raja Zulqarnain berhasrat menyatukan manusia di Barat dan Timur dalam
sebuah empayar luas yang dicatat sejarah dan kitab.
Maka dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang Maha
Esa, romantik jagat buana dibebaskan dari belenggu penguasa tirani oleh RajaKesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang
dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di era kegelapan
para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis
tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.
Dengan ilham dari mimpi dan tuntunan orang
alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para
penyembah berhala. Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah
kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah.
** Karya terbitan semula MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG sebagai Extended Edition,
sebagai hint bahawa novel ini akan ada sekuelnya, insya-Allah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment