PBAKL 2017 - Membaca awet muda


Sepanjang mencebur diri dalam dunia penulisan buku secara aktif, sana banyak menerima komen dan kritikan terhadap semua karya saya, sama ada fiksyen atau bukan fiksyen. Daripada semua 17 karya, pro rata bintang yang diberikan ialah 4 – 4.5 (daripada maksimum 5). Dan komentarnya juga ada yang ringkas dan tidak kurang yang panjang menyentuh pelbagai sisi. Itulah, antara lain, dinamakan kepelbagaian pembaca yang saya raikan.

Dalam pada itu, ramai juga yang menyatakan bahawa karya-karya fiksyen (novel dan cerpen) saya ‘berat’ dan perlukan berfikir lebih sedikit. Alhamdulillah, itulah yang saya harapkan.

Pada hemat diri ini, selain berhibur dalam ruang lingkup yang dibenarkan, elok sangat komuniti pembaca dapat mencicip karya yang membuat minda berpusing lalu menelah. Saya kira para pembaca bersetuju bahawa dengan minda yang ‘mahu’ bergerak atau berfikir, ia membuatkan otak muda dan selalu bergelora. Justeru melaluinya, insya-Allah, kita sentiasa ingat dan tidak nyanyuk serta matang dalam memberi tanggapan. Juga awet muda barangkali.

Kubawa senyum
dalam merangka selirat
ceritera hidup
yang fana
menuju keabadian.


** Web SuteraDare to be different. Temui saya di sepanjang PBAKL 2017, PWTC, 28 April – 7 Mei.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger