Setiap hari aku ke sana. Paling awal tiba pada jam 8.30am. Paling lewat pada jam 2.40pm (hari Jumaat kedua). Indah, meriah, teruja dan letih. Dan pulang semestinya waktu malam. Namun... aku tetap rindu, justeru Web Sutera - Dare to be different! Terima kasih untuk semua orang yang aku temui di sepanjang 10 hari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, PWTC. Korang ohsem di PBAKL 2017!
Korang yang tak mencintai buku takkan faham
apa jenis 'kegilaan' kami, walaupun korang persis mahu dilihat sebagai geng
masjid. Malah ada orang KL dan Selangor tak tahu adanya pesta buku terulung
Malaysia yang dah berlabuh tirainya semalam, Ahad 7 Mei 2017. Jutaan pengunjung bersesak-sesak, you all!
Korang mungkin kata kami macam-macam,
mungkin korang kata kami dalam dunia tersendiri. Korang tahu ke tak ni, bahawa dunia perbukuan ialah dunia ilmu? Maaf cakap, berkopiah
putih dan berjubah, tapi dunia ilmu dipencilkan?
**********
Dari
pemerhatian saban hari, memang PBAKL tahun ini kelihatan kurang orang datang
berbanding pada tahun-tahun lepas. Namun begitu, ia bukan bersebab semakin
kurang rakyat Malaysia yang membaca, bahkan faktor ekonomi yang semakin menekan
menjadi alasan utama. Walau apapun, ‘kegilaan’ tetap kembali ke gagang di PWTC.
Untuk diri
sendiri, insya-Allah saya akan terus beristiqamah dalam menghasilkan
bahan-bahan bacaan bermutu dan menggugah minda para pembaca. Sambutan terhadap
novel-novel terbaharu dan lama saya tidak berkurang, bahkan ada sisi yang
meningkat.
Antara elemen
ekonomi ialah sisi pusingan (circle) industri
buku. Justeru mengikut hasil perbincangan dan perkongsian maklumat, insya-Allah
di tahun depan, ‘kegilaan’ ini bakal muncul semula secara lebih menarik. Jadinya
sebagai penulis dan novelis yang berjuang demi jihad di sisi Allah dan dakwah
agama-Nya, saya akan terus cekal meraduk riak dan gelombang.
Foto: Terima kasih kerana menerima saya
seadanya, walaupun dengan gaya pakaian berbeza di sepanjang PBAKL 2017.
0 comments:
Post a Comment