10 hari PBAKL 2017, PWTC. Terima kasih
untuk semua pembeli, pembaca lama, pembaca baharu dan mungkin peminat serta
pengikut karya-karya saya. Tiada banyak yang dapat saya berikan kembali,
hanyalah... ya hanya doa semoga tuan dan cikpuan diberi yang terlebih baik oleh
Allah Azza wa Jalla. Amin ya Allah ya Rahman ya Rahim.
Sungguh... korang membuat saya terharu.
Novel tebal hampir 900 muka surat KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH
licin. Manakala buku BERFIKIR GAYA CHAMPION hanya berbaki senaskah. Novel
PERANG ARMAGEDON pun tinggal 3 naskah dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON sangat
surut daripada mula-mula diletakkan di atas meja, setakat saya kira. Penerimaan
siri ketiga dalam Trilogi Armagedon ini, yakni MAGEDDO: PETAKA AHZAB juga
begitu terkesan, dengan berada di tangga ke-5 buku terlaris di reruai Buku
Puris.
Alhamdulillah. Penerimaan untuk versi
terkini novel RAJA KESATRIA (dengan tambahan bab dan muka surat tertentu) juga
hebat, dengan tersenarai dalam Top-10 terlaris.
Khabar juga diterima dari reruai Buku
SO, yakni ketiga-tiga novel saya yang dijual di sana dibeli oleh para pembaca.
Ia termasuk novel seram-fantasi-thriller KONSPIRASI MAHARAJA yang baru sampai
hanya pada sebelah petang hari kedua terakhir PBAKL 2017. Mohon maaf khas dari
Tuan Shah Othman kerana saya tidak luangkan lebih masa di sana lantaran melayan
pembaca di reruai Galeri Ilmu/Buku Puris.
“Si, abang rasa nak deman.” Saya mengadu
pada si isteri.
“Itulah, abang raya sakan sangat,” jawab
si isteri dengan muka kelat.
Benar. Saya rasa nak demam siang tadi
(semasa entri ini ditulis). Badan lenguh sikit dan kedua-dua labu betis rasa
sakit lantaran banyak berdiri. Walau apapun, hanya Allah jua yang saya mohonkan
agar semua yang saya tulis itu memberi manfaat dalam kembara menuju keabadian
di alam Akhirat nanti, bukan hanya untuk diri ini, bahkan untuk semua yang
mencicipnya.
** WEB SUTERA – Dare to be different!
Aku bukan politikus yang mengejar kaya dan kuasa. Aku hanya marhaen.
0 comments:
Post a Comment