“Beliau
banyak beroleh kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang
ada di sekelilingnya telah menganut ajaran yang dibawanya.”
Lelaki
yang dibelenggu itu terus bertanya, “Betulkah apa yang kalian beritakan ini?”
“Ya!
Sungguh demikianlah yang telah terjadi.”
“Kalau
mereka mengikutinya, maka itu yang terlebih baik. Justeru aku mahu beritahu
kalian siapakah aku sebenarnya.”
Tamim
ad-Dari dan rakan-rakannya menunggu dengan debaran pengakuan lelaki besar itu.
“Aku
adalah al-Masih Dajjal.”
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment