Puisi Dalam Melankolik


Puisi Tak Puitis adalah buku Himpunan Puisi Web Sutera yang pertama diterbitkan. Pada acara MABOPA Bookfest di Sunway Putra, KL minggu lalu, hanya ada dua naskhah di meja jualan penerbit Buku SO. Kedua-duanya dibeli oleh pembaca wanita (awek?). Mengikut penerbit, itu sahaja yang berbaki. Pada beberapa acara mutakhir berkaitan buku (termasuk MABOPA Bookfest), saya membaca satu atau dua buah puisi dari buku ini, walaupun nada suara saya tidak sepuitis manapun.

Ada sejarah buku ini untuk diperikan. Pada acara KOTAKATA tahun 2016 anjuran geng buku hiliran (indie), saya berkata kepada Tuan Shah Othman, "Shah, hang tak nak terbit buku puisi? Hang tengok tu... penerbit indie berlumba-lumba terbitkannya. Tak kan tak nak cuba?"

Tuan Shah Othman menjawab, "Boleh juga. Pak Web ada berapa buah puisi?" (Ini panggilan yang dah makin ramai orang sebut... termasuklah adik-adik dan anak-anak saudara saya).

"Lebih kurang 60 buah lebih."
"Tambah jadi seratus dan hantar kat Buku SO."
"Banyak tu. Saya sediakan 70 lebih, mahu?"
"Hantar segera!"

Maka terbitlah Puisi Tak Puitis tidak sampai dua minggu selepas saya serahkan manuskrip kepada Buku SO.

Penghargaan kepada semua yang membelinya. Baca dan hayatilah menurut persepsi masing-masing. Bak kata Tuan Najmuddin Yusoff, "Puitis atau tak, ikut persepsi masing-masing." Tuan Najmuddin ada tiga buah buku puisi yang diterbitkan, seingat saya.

Kata Tuan Aloy Paradoks (bos salah satu penerbit indie), "Ini bentuk puisi bebas."

Pada acara buku di Bangi tahun lalu, Tuan Pyan Habib membacanya di gerai jualan Buku SO. Sebaik usai, beliau menunjuk kepada saya dan memberi tanda bagus.

** WEB SUTERA - Marhaen lagi al-faqir. Bukan mahu mengajar, melainkan saling mengingat.
** WEB SUTERA - Dare to be different!


** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger