Tiada daya upaya melainkan anugerah dari
Allah segalanya. Ini tanggungjawab yang akan ditanggunghisab di Mahkamah Agung
nanti. Sejak 2011, saya aktif menulis buku, dan kini dengan lahirnya novel
sekuel PERANG ARMAGEDON berjudul MAGEDDO: PETAKA AHZAB, maka ia menjadi karya
yang ke-17. Masya-Allah, tabarakallah.
Karya yang terpapar di atas ialah buku kedua dan
novel pertama saya - Macedonia: Alexander Agung. Alhamdulillah, sudah habis licin dalam pasaran. Dan syukur
juga kerana masih ada yang bertanya. Insya-Allah ada khabar
baik. Banyak komen dan kritikan untuk novel ini, dari rapat kena paku kat
dinding sehingga bintang maksimum. Itulah rencam pembaca yang saya raikan,
insya-Allah.
Walau apapun, saya terharu dengan
penerimaan dari semua pembaca - kecil atau besar, remaja, pemuda/pemudi atau
dewasa. Pastinya saya penulis marhaen yang akan terus berjuang demi menggapai
redha Allah dalam berdakwah dan berjihad. Mohon doa dari tuan dan cikpuan yang
dimuliakan Allah Taala, agar Dia terus memberi kekuatan minda dan fizikal
kepada saya.
** WEB SUTERA - Marhaen lagi al-faqir.
Bukan mahu mengajar, melainkan saling mengingat.
** WEB SUTERA - Dare to be different!
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment