Bukan Khinzir



“Aku tau aku banyak dosa, bhai ! Tapi takkan kerana aku ada dosa, aku tak boleh bercakap fasal Islam? Kalau mahu tunggu tak ada dosa, sampai bila pun aku tak boleh berdakwah! Jadi orang yang layak berdakwah hanya 'ustaz-ustaz' yang tak dak dosa ... maksum?”

Kau bertanya, “Maksum?”

“Tak faham maksum? Itulah kau, baik baca buku!”

Merah padam mukanya. Marah agaknya. Bukan aku nak kata apa... hanya sampaikan satu ayat dari al-Quran.

“Kalau cakap fasal politik tak boleh, fasal Islam tak boleh... habis? Mahu cakap fasal apa? Fasal ketam, fasal lembu, fasal babi? Aku cakap fasal manusia. Kalau aku cakap fasal kambing, baik aku pergi ke kandang kambing!

“Mengambil kata-kata ulama Turki, Badiuzzaman Said Nursi, maka aku juga bersumpah, ‘Aku akan buktikan dan memperlihatkan bahawa al-Quran itu adalah mentari maknawi yang tidak akan padam dan tidak akan dapat dipadamkan!’

Juga Islam itu benar dan hak, bahawa Islam itu fitrah untuk manusia!

“Ada baca satu kisah, bahawa tanda salib Kristian terpapar di banyak lokasi di Sabah – di tepi jalan, di rumah-rumah, bahkan di dalam hutan, di batang-batang pokok. Walhal kita umat Islam, malu mahu tunjuk syiar Islam, malu berpakaian cara Islam, malu pakai kopiah. Itukan salah satu syiar Islam. Orang Kristian tak malu bersyiar agamanya.”

**INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger