Kisah
seekor kucing jantan di Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam. Ia sering
dibelai dan diberi makan oleh seorang jemaah, dan tok siak juga berikan ia
makan. Selalu saya lihat ia berlegar-legar di ruang solat utama masjid tanpa
diganggu.
Masjid
ini mengadakan sesi mengaji al-Quran bersama imam setiap kali usai solat Subuh,
kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Kisahnya ialah kucing itu sering saya
lihat bersama baring/duduk dekat jemaah tatkala al-Quran dibaca, dan pagi ini
berhampiran saya.
Masya-Allah!
**********
Cerita
seorang teman di lantai masjid sementara menunggu solat Maghrib. Dia berhenti
mengaji sebaik saya usai solat sunat Tahiyatul Masjid.
Teman
itu: “Allah bagi second change kat
aku, Zam.”
Saya:
“Kisahnya?”
“Aku
bawa lori. Susun barang... kemudian aku undur dari atas lori. Alih-alih aku
terjatuh ke jalan raya sambil terduduk. Langsung tak perasan. Sengal pinggang
aku. Selama sebulan aku tak boleh buat kerja.”
Saya
menunjuk pinggangnya. Dia angguk. Saya menatap muka dan matanya. Dia angguk dan
cerita lagi.
Teman
itu: “Sekarang pun masih ada rasa sakit itu semasa rukuk dan sujud. Tapi semuanya
syukur ke hadrat Allah.”
Saya:
“Itulah, bang. Bukan semua orang ada second
change. Kerana Allah sayanglah, Dia bagi peluang kedua. Kalau Allah
benci... itu yang sangat saya takut, bang.”
Dia
mengangguk. Saya terasa. Saya tersentuh.
Teman
itu: “Dulu aku tak solat di masjid, cuma hari Jumaat jer. Kini... kalau
terlepas Maghrib di masjid, aku rasa tak sedap hati. Rasa terkilan.”
“Kita
serupa, bang.” Saya berkata sebelum azan Maghrib berkumandang, dan kemudian
tertunduk ke permaidani masjid. Masya-Allah. Tabarakallah.
Patutlah
saya sering melihat dia membaca al-Quran sambil duduk di atas kerusi saban
ketika menunggu Asar dan Maghrib. Peluang kedua bukan semua Allah bagi. Kalau
Allah bagi, okey... masya-Allah. Tapi kalau Allah tak bagi?
Usah
ikut kami dulu-dulu. Maut datang bukannya faktor usia.
** INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
IKLAN
HALAL | SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana
Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima
pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan
berpengalaman lebih 8 tahun.
Nombor
untuk dihubungi: 016-220 6876 (Cef Hana). Fokus kami untuk majlis kecil
(minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax), insya-Allah.
Sedia
menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng,
Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi
Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang,
Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah
secara home-based.
Hubungi
untuk pertanyaan & tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876
Kini kami menyambut ulang
tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi
menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah
berbaloi dengan harga dan mutu makanan.
Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian
dengan syariat Islam.
0 comments:
Post a Comment