Sekiranya kita ingin dijauhkan dan terselamat dari
musibah, dan mahu dilindungi dari segala kebimbangan dunia, maka al-Quran
adalah jalannya. Bacalah (dan tadabburlah) al-Quran, nescaya kita akan
memperoleh syafaat dan perlindungan.
Abdullah bin Abbas melaporkan, Jibrail telah turun dan
memberitahu Rasulullah bahawa banyak fitnah akan pasti berlaku. Rasulullah
bertanya, "Apakah jalan keluar daripada keadaan itu, wahai Jibrail?"
Jibrail menjawab, "Kitab Allah." (Hadis riwayat Razin dalam kitab ar-Rahmat ul-Muhdat)
Dalam riwayat Ali bin Abu Talib, beliau menyatakan Nabi
Yahya berkata kepada Bani Israel, "Allah telah perintahkan kamu membaca
kitab-Nya. Bandingan (orang yang membacanya) adalah seumpama orang yang
berlindung dari serangan musuh di dalam sebuah kota. Dari arah manapun musuh
menyerang, mereka mendapati kalimah Allah sebagai pengawal yang menolak
kemaraan mereka."
-- Adaptasi dari kitab Fadilat Amal - Fadilat al-Quran,
Syaikh ul-Hadis Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi.
Apabila kita berdepan dengan persoalan
atau masalah, dan ia perlukan jawapan, kita tidak sepatutnya biarkan dalam
kegelapan. Ruang ketidakpastian dan tiada jawapan bukanlah tempat yang seronok
didiami. Justeru kita mesti membawa masalah itu menuju Cahaya Ilahi, dan Dia
pastinya menuntun kita kepada pencerahan sebenar.
**********
IKLAN HALAL | Selain menulis sepenuh masa, saya membantu usaha bisnes
isteri dalam menguruskan Sumayya Foods & Catering. Produk terkini kami ialah karipap sejuk beku (frozen curry puff). Alhamdulillah,
selain jualan terus dari rumah dan sebagai menu sajian katering, produk ini
diletakkan di sebuah outlet sejuk beku di Semenyih sebagai pemula.
SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai
Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia
menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara
home-based dan berpengalaman lebih 8 tahun.
Nombor untuk dihubungi: 016-220 6876 (Cef Hana). Fokus
kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax),
insya-Allah.
Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban,
Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan
bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih,
Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak
Tinggi, Cheras, dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.
Hubungi untuk pertanyaan & tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876
Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga
kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis
yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu
makanan.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment