Kata almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, sekadar 0.00001%
daripada peraturan Allah itu ditolak, sudah cukup menjadikan itu syirik.
Inilah titik tolak sekular yang menjahanamkan Yahudi dan
Kristian di era lalu.
Aku,
hamba Allah yang sibuk dengan dunia
aku,
hamba Allah yang risaukan urusan dunia
...
walaupun Allah Taala dan Rasulullah SAW memberi ingat
...
bahawa nilai dunia ini tidak sebanding hatta dengan kepak nyamuk.
Namun,
seorang sahabat yang prihatin
memberi
ingatan dengan bernasihat
“Doa
terus, Tuan Hizam
“moga
Allah mudahkan segalanya
“kerana
semuanya dari-Nya.”
-- INTAI DI BAWAH KARPET.
**********
Kisah
BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON
Kisah
dan kemelut dunia onar Dajjal di masa lampau ... bakal menjelma dengan hitam
pekat di abad-abad depan. Selubung cahaya yang menyesatkan, mampukah kita
bertahan iman?
Tanpa
disedari oleh pihak yang mengekorinya, mantan Hasyasyin itu menyedari plot
jahat, dan dia sudah membuat persiapan rapi. Usaha mudah di lokasi
persembunyian para Templar sebaik mereka merompak muzium New York tempoh hari
menjadi dendam gerembolan, agar nyawanya dihabiskan.
Saat
mereka – musuhnya - berjalan, dia sedang mengawasinya. Bayang-bayang itu jelas
di deria pandangnya.
“Berhenti!”
Kata ketua unit di ketika mereka merentasi di antara ruang dua kubu lama yang
masih kelihatan utuh. Bahasa Greek.
Kumpulan
itu berhenti secara mengejut, persis maklum sebab ketuanya memberi arahan.
Mereka melihat di sekeliling, cuba melingas pandangan, menyedari sasaran mereka
tidak berapa jauh dari posisi. Sasaran itu bersembunyi.
Arahan
berpecah ke empat arah diberikan dengan isyarat.
Gasconi
Toure mengucap “Laaillahailal-Allah”
berulang kali, sekadar didengar oleh telinga sendiri, sebelum mulakan gerakan
pantas. Akas dia melompat dari sebuah jendela yang ternganga, 20 kaki dari
lokasi seorang musuh. Dia mendarat di belakang musuh pertama dengan senyap,
persis tiupan bayu awal malam, lalu menarik rambut dan menusuk leher dengan
senjata Khanjar-nya.
Senjata
berupa senapang bermuncung pedang kepunyaan musuh disambut oleh Gasconi Toure
sebelum jatuh.
Dia
bergerak ke satu arah ... mencari-cari kelibat musuh. Dia melompat ke satu
benteng. Nun sepuluh ela di hadapan, dia melihat seorang musuh dengan membawa
sejenis perisai di tangan kirinya. Dia bergerak laju, persis angin.
Musuh
berpaling dan mengangkat perisai sebaik Gasconi Toure mendarat di hadapannya.
Si musuh menikam di kepala Gasconi Toure, tapi sempat dielak. Namun hayunan
perisai keluli sempat menghentak sisi kiri Gasconi Toure. Dia masih stabil.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment