Gemilang Kerana Islam


Kisah di Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor, malam 1 Disember 2014 semasa menunggu penceramah undangan (bukan ustaz) yang akhirnya tidak dapat datang. Saya berbual-bual dengan dua orang sahabat. Perihal Melayu dan isi kuliah Subuh Ustaz Syahril Long menjadi topik.

Pada suatu sela, saya berkata, “Dalam pemerintahan Islam, kita nak ikut siapa, kalau bukan Rasulullah dan para Sahabat Khulafa ar-Rasyidin? Baginda Rasulullah, seperti kita tahu, adalah al-Quran berjalan di sepanjang hidupnya. Begitu juga para pemerintah Khulafa ar-Rasyidin yang empat, di sepanjang hidup mereka, al-Quran berjalan menjadi darah daging. Setiap apa yang mereka perbuat, ada dalam al-Quran. Mereka patuh dan taat.”

Seorang sahabat menjawab, “Yalah! Siapa lagi nak kita ambil contoh, kalau bukan mereka. Begitu juga Sahabat-sahabat yang lain. Semua mereka amalkan apa yang mereka tahu dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah diamalkan secara benar.”

Saya berkata lagi, “Ingat sejarah Khalifah Abbasiah, di ketika khilafah Islam bangsa Arab itu lemah, siapa yang diutus Allah untuk Islam bangkit semula?”

Kedua-dua orang geng masjid itu termanggu-manggu. Seorang menjawab, “Kejap... aku ingat, tapi dah lupa.”

Seraya saya tersenyum lalu menjawab, “Salahuddin al-Ayubbi. Dia bukan berbangsa Arab, tapi Kurdis.”

“Ya. Ya, Salahuddin,” kedua-duanya mengangguk hampir serentak.

“Islam bangkit semula di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin al-Ayubbi, walhal dia bangsa Kurdis. Jadi bangsa akan cemerlang andai Islam didaulatkan.”

Rakan kedua memberi komen, “Ya, bukan perjuangan bangsa yang diangkat. Bukan Melayu yang diangkat, tapi Islam dahulu yang diselaraskan dalam daulah.”

Saya menambah, “Kesultanan Melaka pun gemilang kerana Islam. Malap kemudiannya kerana sultan mula melupai Islam yang ditata dalam pemerintahan sultan-sultan terdahulu.”

Kemudian saya katakan, “Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata, ‘Bangsa Arab maju dan gemilang kerana Islam’.”
Diskusi kami diteruskan sehingga bilal berjalan ke pejabat masjid untuk azan Isyak dikumandangkan.

Untuk info, seorang sahabat saya itu bukan Melayu.

--- INTAI DI BAWAH KARPET
********************

Mahukah saya terbitkan dan boleh dibaca PERCUMA melalui www.wattpad.com/user/WebSutera? Andai bersetuju, mohon komen 'YA' dan kongsikan (tiada paksaan).

Antara kandungan buku yang mahu saya kongsikan ialah BERFIKIR GAYA CHAMPION yang diterbitkan Galeri Ilmu Media Group. Buku ini bestseller di kalangan para pelajar sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi, guru-guru sekolah, dan ibu bapa. Sudah habis stok langsung, dan tak pasti sama ada penerbit sudi untuk mencetak kembali. Justeru yakin yang kandungan buku ini perlu dibaca oleh ramai lagi rakyat Malaysia, maka saya akan terbitkan secara PERCUMA dalam kompilasi KEMBARA CHAMPION di Wattpad, insya-Allah.

Saya masih perlukan sokongan dari sahabat dan pembaca. Mohon komen di sini.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger