MALAIKAT ATAU JIN?



Hari Rabu 9 Mac 2016 saya ke Ekspo Buku MARA, KL. Selain ingin  berjumpa dengan bos Buku SO Tuan Shah Othman dan meraikan sahabat itu, saya turut merayau. Salah seorang bos penerbit Yamani Angle berkata, “Tuan, hantar sekali manuskrip kat kami.”

Saya menjawab, “Allah! Ada hasrat, tuan. Tapi rasa tak larat dah ni. Tanggungjawab yang ada pun masih terkial-kial.” Dalam hati, insya-Allah saya cuba.

Saya turut bertanya dah berapa buku Ustaz Shafie Abdul Rahman terbit. Dia menjawab, “Dalam que pun ada berpuluh lagi.”

Saya terkejut. Wah! Rupa-rupanya sahabat penulis ini memang cekal menulis. Masya-Allah. Tabarakallah.

Ada satu cerita lain. Saya tiba di ofis Galeri Ilmu di Kota Damansara sekitar jam 10.30 malam dari PD. Sebaik ambil barang dan ucap selamat pada semua ahli pasukan Majalah Asuh dan Galeri Ilmu, saya terus memandu nak balik rumah. Rasa nak buang air pula, jadi singgah di kedai Mamak berdekatan.

Sebaik keluar ke kereta, seorang lelaki bermotor menegur, “Dari mana? Pernah nampak saya kat sini?”, dan macam-macam lagi.

Saya dah mula cuak. Lelaki itu mukanya garang dengan membawa karung plastik terisi tin-tin minuman. Alih-alih dia bercerita... kawasan sekitar, Kg. Pandan dan taman-taman berhampiran, fasal Dato’ Vida, Kelantan, majlis perbandaran, Mofaz... bla, bla, bla.

Rasa cuak makin memuncak. Ish, dalam hati berdetik, “Cepatlah, aku nak balik ni.”

Siapakah insan itu? Malaikat atau jin? Pertanyaan itu masih berlegar tatkala sedang memandu pulang ke rumah.

Macam-macam.

** INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
********************
IKLAN HALAL |  SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman lebih 8 tahun.

Nombor untuk dihubungi: 016-220 6876 (Cef Hana). Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax), insya-Allah.

Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.

Hubungi untuk pertanyaan & tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876

Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.

Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger