MAJLIS ILMU



Majlis ilmu, membina ukhuwah, menjawab persoalan dan mengukir ceritera. Benda baik sebarkan, benda tak baik jangan viralkan. Sehari yang mengujakan. Alhamdulillah. Subhanallah!

Seminar Penerangan Fahaman Deobandi di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang dianjurkan Akademi Pemikir Deobandi Malaysia amat bermanfaat. Saya yakin dengan sesungguhnya bahawa para ulama yang mengaji talaqqi di Deoband, India memiliki ilmu sahih terutamanya dalam bidang syarahan (tafsir) hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, dan mereka dalam kumpulan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang komited.

Antara perkongsian yang boleh saya catat ialah:

1) Menziarahi makam (kubur) Rasulullah SAW adalah satu usaha yang mustahak dan dinilai tinggi di sisi Allah Taala. Usaha ini menjadi penyebab untuk memperoleh darjat dan pahala yang sangat banyak, bahkan ia hampir kepada wajib.

2) Bertawasul ketika berdoa melalui para nabi terutamanya Nabi Muhammad SAW, para solehein, syuhada dan siddiqin di sisi kami (ulama Deoband) adalah jaiz (diizinkan menurut agama), sama ada di masa mereka hidup atau sesudah wafat. Umpama lafaz doa seperti berikut: “Ya Allah! Aku bertawasul dengan fulan Syeikh, maka aku inginkan supaya Engkau (Allah) perkenankan dan selesaikan hajatku ini.”

Nota: Beberapa kali kelas pengajian yang saya hadiri di masjid membicarakan perihal tawasul. Makna ‘tawasul’ adalah mendekatkan diri atau memohon kepada Allah dengan melalui wasilah (perantara) yang memiliki kedudukan baik di sisi Allah. Amalan bertawasul, terutamanya melalui Nabi Muhammad SAW, ini turut diamalkan oleh ulama-ulama muktabar terdahulu.

Di dalam satu kaedah solat sunat Hajat, ada satu doa yang boleh dibacakan sebelum solat didirikan. Antara lain doa itu berbunyi: “Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu dan menghadap kepada-Mu dengan berkat Nabi Muhammad, Nabi yang membawa rahmat...”

** INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
********************

IKLAN HALAL |  SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman lebih 8 tahun.

Nombor untuk dihubungi: 016-220 6876 (Cef Hana). Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax), insya-Allah.

Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.

Hubungi untuk pertanyaan & tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876

Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.

Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger