Untuk Rasa Damai



Aku hamba-Nya, sangat daif dan fakir.
Tanpa-Nya aku rapuh, sangat rapuh.
Dalam risau, bimbang dan gundah.
Aku ingin dan terus berharap.
Agar redha-Nya bersama aku.
Walau sepahit mana pun aku rasa
.... setiap cubaan itu.

Kerana Dia Maha Mengetahui
Bahawa aku hamba-Nya yang daif
... dan banyak dosa.

Lalu doalah kepada-Nya
untuk aku rasa damai.

** INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
********************
Ketika itu Aristotle terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di suatu lokasi rahsia bersama-sama isterinya setelah ditangkap oleh penguasa Asia Kecil untuk dibunuh. Undangan Raja Philip itu disambut dengan besar hati oleh Aristotle. Aristotle diselamatkan oleh askar-askar Raja Philip dan dibawa ke istana Macedonia.

Banyak cabang ilmu berkaitan politik, pemerintahan dan keagamaan dicurahkan oleh Aristotle. Aristotle ialah seorang lelaki beriman yang bergurukan Socrates. Kedua-dua lelaki mukmin ini sama-sama mendukung ajaran agama tauhid Tuhan Yang Esa dalam sebuah masyarakat yang dipenuhi para penyembah berhala.

** Andai sudi dan mahu merasai apakah makna komen-komen para pembaca RAJA KESATRIA, bolehlah melawat dan melepak di sini: https://www.wattpad.com/story/91630514-hijab-raja-zulqarnain. Jangan risau, ia PERCUMA untuk dibaca.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger